
ismndhirh
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan saya tulis announcement ini: 1. Untuk berterima kasih serta meminta maaf kepada semua yang telah memasukkan Kekasih Bayangan ke dalam reading list kamu semua kerana saya tidak dapat menyelesaikan karya tersebut dalam tempoh seperti yang dijanjikan/dikatakan. 2. Saya ingin memberitahu bahawa saya akan memulakan semula penulisan karya tersebut dengan mengubah 100% jalan cerita Kekasih Bayangan. Saya mengaku kekhilafan saya dalam menerbit karya tanpa mengumpul idea yang banyak serta tidak terlalu menitikberatkan terhadap karya pertama saya dan menyebabkan karya tersebut tidak dapat ditulis dengan baik. Itu sahaja yang perlu saya beritahu dan saya memohon maaf kerana tidak menepati janji saya.