ispurpletoo

Salam Ramadan!
          	Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H. Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk melipat gandakan segala amal kebaikan di bulan yang mulia dan penuh ganjaran ini. 
          	

ispurpletoo

Assalammualaikum, Hai!
          
          Korang, sorry tau bab seterusnya saya update lambat sikit. Akan update tapi lambat. 
          Sorry buat korang tertunggu 

ispurpletoo

@septembershaq thankyouu awak masih setia dngn kisah Ayana  sorryy kalau ada yang terkurang. 
Reply

septembershaq

@ispurpletoo tak sabar nak tunggu update Ayana! Take your time! xx
Reply

ispurpletoo

Assalammualaikum, Hai!
          
          Saya baru perasan yang makin bertambah orang baca Ayana. Walaupun jumlahnya mungkin bagi orang lain nampak sikit tapi saya sangat terharu dan sangat-sangat hargainya. 
          
          Terima kasih sudi singgah untuk baca cerita saya yang masih banyak kekurangan ini ☺️
          
          Kalau ada sebarang kesilapan, sudi-sudilah beri saya teguran. 
          
          Doakan saya supaya dapat siapkan Ayana awal tahun ini. Saya rasa bersalah dekat pembaca lama yang sudah baca Ayana, mesti korang geram kan tunggu saya lama sangat nak siapkan cerita ni 
          
          Doakan saya ya.
          Dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada yang masih setia dengan cerita Ayana + Alauddin 

ispurpletoo

Assalamualaikum, Hai!
          
          Dah lama tak update wattpad. Saya tak tahu masih ada lagi atau tak yang baca cerita Ayana. 
          
          Maaf lama saya tak update sebab ada sedikit kekangan. InsyaAllah nanti saya update bab baru. Doakan saya dapat habiskan cerita Ayana. 
          
          Sebenarnya Ayana pun saya dah hampir nak habiskan. Cuma masih berbelah bahagi penamat yang macam mana patut saya letak.  
          
          Saya doakan semua pembaca sihat dan dibawah jagaan-Nya. Doakan saya juga!
          
          Terima kasih 

ispurpletoo

@septembershaq terima kasihh awakk  Ig saya tutup kejap. Ada kekangan sikitt. Nanti rajin saya activekan balikk. Rindu jugaa nak update teaser 
Reply

septembershaq

@ispurpletoo wa'alaikumussalam. Saya bacaaaa. Setia menanti. Kenapa dah tak nampak dekat IG :(
Reply

ispurpletoo

Assalammualaikum dan Hai!
          
          Maaf lama menghilang. 
          Masih ada ke yang tunggu dan baca Ayana? 
          Insya-Allah nanti saya update bab baru untuk Ayana. Maaf sebab lama tak update. 
          
          Ini saya bagi sikit teaser untuk bab akan datang...
          
          Bab 68
          
          “Mestilah bahagia. Ana bersyukur Allah kirimkan abang menjadi suami Ana. Kalau ditakdirkan umur Ana tak panjang, Ana dah tak ada penyesalan dekat dunia ni sebab Ana bahagia sangat hidup dengan abang. Ana nak bawa…” Terhenti bicara Ayana apabila ada sesuatu yang lembut menindih bibirnya.
          
          “Jangan cakap macam tu sayang. Perjalanan kisah hidup kita masih panjang. Abang masih nak kita sama-sama mengharungi kehidupan dekat dunia ni sampai kita tua,” kata Alauddin selepas dia melepaskan kucupan ringkas di bibir isterinya tadi.
          
          “Insya-Allah abang. Ana pun tak puas lagi hidup dengan abang. Ana cuma cakap je yang Ana tak ada penyesalan. Abang jangan la sedih.”
          
          “Mestilah abang sedih. Ana cakap macam ni umpama Ana nak tinggalkan abang je nanti,” tutur Alauddin dalam sebak. 
          
          “Tak lah! Abang jangan la fikir bukan-bukan. Suami Ana kan cengey. Mana boleh sedih-sedih macam ni.” Ayana cuba menceriakan suasana. Entah macam mana boleh jadi sebak pula suasana mereka sekarang ini. Alauddin pun nampak lain malam ini. 
          
          “Cengey, cengey abang pun boleh kalah kalau hal tu melibatkan sayang.” Ayana tersenyum mendengar bicara Alauddin. Alahai encik suami, lembut betul hatinya selepas mereka berkahwin. Kalau sebelum berkahwin bukan main garang muka Alauddin apabila bercakap dengannya.