TheFnlini
Tautan ke KomentarKode EtikPortal Keamanan Wattpad
Hai, assalamualaikum! :3 Maaf mengganggu, tapi kalau ada masa dan tidak keberatan, mintalah baca karya saya. Insha-Allah bermanfaat. Tajuknya KOMA, dan ini pula sinopsis-nya: "Apa kau buat ni, Alya?" "Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah." "Dah benda memang haram." "Haram?" Alya berdecit. "Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar. "...Islam dah lama mati." ----- Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya. Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran. Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang. Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun... kerana andai bukan mereka, siapa lagi? ______ Thank you~⚘ https://www.wattpad.com/story/274686560?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=TheFnlini&wp_originator=d6Wgn5XKAtLqP%2BbN2OO%2Bt8llCs%2BlynPhbz2WW%2BJbbcdsK8xG0Qy64dCToSxbf9mGPMgFW2B35YVxvcxTw83p2eiNa7xtlWjf%2FH%2Fnl0DNm1G1eiz9pJsJDJYqRXiGFc%2Fx