Hari kelima ayah meninggalkan kehidupan di dunia ini, tiada lagi sapaan setiap kali aku keluar rumah, atau balik kerja.Sejak dari awal pkp 2020 kaki ayah mula lemah.Kami letak katil ayah di tepi tingkap dan pintu masuk kedua untuk kemudahan dia.
Aku memang akan guna pintu itu sahaja untuk keluar masuk, setiap masa aku keluar atau masuk rumah jika ayah ada kat katil mesti dia bertanya "kamu nak kemana"? Kalau baru balik "kamu baru balik ke"? "kamu udah makan ke?
Tiap kali, kalau tengah baring dia akan bangun untuk bertanya kecuali dia tengah tidur atau solat la kan...
Sebab aku memang travel setiap hari, dia akan bertanya hari ni kerja kat mana? Kalau di kawasan Ipoh, aku nampak dia macam lega, mungkin pasal dekat.Kalau jauh dia akan risau dan sebelum aku start kereta aku akan dengar dia berdoa keselamatan anak dia ni dengan sebut lokasi aku nak pegi.
Dua hari dah aku kerja lepas dia tiada, kosong katil tu....tiada lagi sapaan ayah....