joxxie_

tidak mudah diungkapkan pergi la kenangan yang lalu aku sudah penat untuk menyimpannya , sekarang masa untuk aku pergi dan tidak akan kembali kepada kenangan yang lama 

joxxie_

Satu persatu abjad, aku cuba sampaikan dalam bahasa sederhana agar aku melepaskan bayang hitam yang patut aku tinggalkan untuk sekian lama. Di sinilah, aku mahu melepaskan sedikit beban yang selama ini aku pendamkan saat tiada siapa mahu mendengarkannya. Perlahan-lahan, aku cuba mencipta bahagia yang dapat mampu membantu diriku untuk melupakan.
          
          Tiada yang kekal abadi di dunia. Ia cuma pinjaman yang sementara. Aku harus pasakkan hati bahawa yang hadir, pasti akan pergi meninggalkan juga. Ada kenangan yang patut aku lupakan agar hatiku tidak berdarah kembali. Aku cuba tabahkan semangat dan merawat luka ini sendiri. Mengejar pelangi saat aku usai mengubati setiap luka di hati.
          
          Waktu sering pantas berlalu, tanpa perlu untuk menunggu. Lantas aku pula berusaha cekalkan hati bagi melepaskan segala kenangan pahit tanpa menganyam rindu. Biarkan saja ia terus berlalu bersama angin yang membisu. Aku di sini, masih tetap percaya bahawa bahagia itu ada untukku. Sakit yang aku rasakan, pasti tidak akan dipersiakan oleh Allah; Tuhanku.

joxxie_

Sebuah Buku Kosong
          
          Aku keluarkan sebuah buku yang sudah lama aku beli. Namun ia masih kosong di dalamnya tanpa ada bait pena dan isi. Aku memang ingin memenuhi kisah kenangan antara kamu dan aku di setiap kepingan dan muka surat di dalamnya sebagai luahan rindu serta hati. Terlalu banyak cerita untuk aku tulis hingga habis satu buku. Kini ruangan waktu untuk aku menulis tidak seperti dulu. Sebuah buku kosong itu, aku belai dan mencium baunya. Rasa rindu semakin mendalam kerana ingin menulis setiap ruangannya. Perlahan-lahan akan aku tulis dengan kemas dan seikhlas jiwa. Biarpun tangan ini akan cepat merasa penat tetapi ia mampu memberi aku rasa kepuasan kerana aku dah berjaya untuk berusaha tulis satu persatu luahan jiwa di dalam buku kosong ini.

joxxie_

Belajar Untuk Kuat
          
          Seusai diri lalui fasa dan situasi yang boleh membuat hati ini rapuh, perlahan-lahan aku belajar untuk kuat. Pegang keyakinan bahawa Allah ada di sisi dengan erat. Jika penat, aku mencari ruang untuk berehat. Tenang jiwa dan buangkan fikiran yang buruk dari ia terus melarat. Aku jadikan al-Quran sebagai sahabat.
          
          Kekuatan itu adalah anugerah yang paling hebat dari Ilahi. Semakin diri dekat kepadaNya, semakin jiwa ini diberikan sebuah rasa yang sukar untuk dijelaskan oleh butiran kata. Ada asbab, mengapa diri ini sentiasa diuji. Tanpa ujian, tidak mungkin diri ini mengenal erti sebenar kehidupan. Percayalah pada Tuhan.
          
          Jika hari ini, kita gagal dan kecewa. Tidak mustahil, kita akan menikmati kejayaan dan bahagia. Usaha dan tawakal adalah proses agar diri kita dapat belajar untuk kuat. Belajarlah secara perlahan-lahan. Mensyukuri segala pemberian dari Allah untuk kita nikmatinya. Saling mendoa antara satu sama lain dengan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.

joxxie_

19-9-19
          Hidup Itu Pilihan
          
          Jika hidup selalu menghadapkan kita pada sebuah pilihan, apakah hidup itu sendiri tidak pernah memiliki kesempatan memilih kita sebagai takdirnya?
          
          Hidup selalu menghadapkan kita pada sebuah pilihan. Dan setiap pilihan selalu menghadapkan kita pada sebuah keputusan.
          
          Kadangkala pertimbangan-pertimbangan kita semakin hari semakin membuat kita ragu untuk memilih.
          
          Membuat kita semakin sulit menentukan mana yang terbaik diantara yang baik.
          
          Kita takut jika sesuatu yang kita pilih suatu hari nanti hanya akan membuat kita menyesal. Kita takut jika sesuatu yang kita anggap baik, ternyata adalah sesuatu yang buruk.
          
          Tapi seburuk-buruknya hidup yang akhirnya kita lalui, kita masih diberi kesempatan untuk menjadi lebih baik.
          
          Bukankah itu juga sebuah pilihan? Seperti halnya hidup yang memilih kita untuk melaui jalan takdirnya.
          
          Lalu apa yang mesti kita takutkan? Sedang kenyataannya diri kita sendiri lah yang terpilih untuk melewatinya.
          
          

joxxie_

19-9-2019
          Walau kamu sudah tidak bersama, aku masih lagi mengingati kenangan kita. Setiap bait pena yang aku sengaja kongsi di sini, ia pasti ada kisah kenangan manis saat kita pernah bersama. Perasaan rindu menjadi peneman di kala aku sendirian. Lantas, aku luahkan rasa ini dalam tulisan. Aku akan lihat langit sambil mengukir senyuman kerana kamu ada bersama pada waktu siang. Aku lihat kamu begitu riang bermain dengan rama-rama yang cantik ketika ia sedang terbang. Kamu menghampiri aku dan meletakkan kepalamu di atas lenganku. Aku terus membelaimu sambil bergurau senda dengan kamu. Kita amat bahagia saat itu.
          ㅤ
          Aku ketiduran dek kerana kepenatan. Kelibat kamu kelihatan bersama denganku. Kamu ketiduran di hujung kakiku. Begitu manja sekali kamu ketika itu. Akhirnya, aku sengaja tidur dekat denganmu kerana aku sengaja mencipta kenangan manis bersama kamu waktu itu. Aku peluk dan mencium kamu. Aku membisikkan kata sayang kepadamu agar kamu tahu bahawa aku ikhlas mengatakannya. Kenangan saat itu, tidak mungkin aku lupakan. Ia masih segar di dalam ingatan. Tulisan ini memang aku tulis untuk kamu. Aku di sini, masih merindukan moment antara kita kerana kamu adalah sahabat dan temanku.

joxxie_

Kali Terakhir
          Selasa, 16 Julai 2019; 0010am
          ㅤ
          Sayang, aku masih ingat lagi saat kamu datang menghampiriku untuk bermanja dan memeluk aku seperti selalu kamu lakukan. Aku sukakan reaksi kamu waktu itu; saat itu. Aku memberi senyuman yang paling indah untukmu. Aku membalas pelukkanmu dengan penuh kasih dan sayang.
          ㅤ
          Seandainya aku sedari bahawa pelukkan dan manjamu terhadapku adalah untuk kali terakhir, pasti aku akan membelaimu dalam dakapan yang erat. Ingin saja aku bicara kasih dan sayang kepadamu. Maafkan aku kerana terlewat untuk menyedari bahawa itulah kali terakhir kamu bersamaku.
          
          Kamu memelukku kerana kamu tahu bahawa kamu akan pergi meninggalkanku buat selamanya. Maafkan aku, sayang.
          

joxxie_

Rindu Bertemu
          Rabu, 03 Julai 2019
          ㅤ
          Pekat malam, ingatanku terhadapmu tidak pernah pudar; semakin mendalam rindu mencengkam di kalbuku. Aku tahu, kau juga merinduiku dari sana tanpa jemu. Lantas ia memberi kesan yang paling dalam di hatiku. Aku rindu. Rindu untuk memelukmu. Rindu untuk mencium dahimu. Ingin mengata bahawa aku rindukanmu. Betapa sukarnya aku untuk menghapuskan airmata rinduku terhadapmu. Aku selalu berdoa, agar Tuhan yang Maha Esa dapat pertemukan aku dengan kamu. Walaupun ia cuma sekejap saja. Biarpun di alam mimpi, aku ingin melihat wajah kamu. Ingin melafazkan rindu. Lebih-lebih lagi, mengungkapkan kata maaf yang paling dalam kepadamu. Duhai kesayangan, maafkanku. Aku amat merindukanmu.
          ㅤ