Duhai wanita, ini adalah pesan dari aku untuk aku dan kamu.
Aku tahu menjadi wanita itu tidaklah mudah.
Terlebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini.
Disaat yang lain berlumba-berlumba mempamerkan kecantikan,,
Kamu pula menahan diri daripada turut mempamerkan ia.
Sememangnya ia tidaklah mudah.
Namun, ketahuilah bahawa itu yang membezakanmu dengan mereka.
Ya, mereka cantik dan indah.
Engkau bukan sahaja cantik bahkan terhijab dalam kemuliaan dan ketaatan.
Usah bersedih, tetaplah terus berjuang.
Wanita solehah itu dimuliakan dengan amal dan taat.