RAHSIA KAU DAN AKU by bunnyaf.
Bahagianya sekiranya novel yang tertulis menjadi kenyataan kepada dirinya. Sederhana. Low profile. Pasti ada lelaki yang terpikat dengannya.
Ya, betul. Dia Dafinah Awatif. Hampir sekali semua kisah-kisah novel dan drama menjadi kenyataan, tetapi takdir dan perancangan Allah itu lagi hebat. Semuanya lesap akibat peristiwa yang tidak pernah disangka akan berlaku terhadap dirinya sendiri.
Jalan hidupnya sudah dirancang oleh Tuhan dan dia mengharapkan apa yang terjadi ini akan menjadikan dirinya lebih kuat dan tabah. Siapa sangka, lelaki yang pernah diminatinya ketika zaman persekolahan dipertemukan semula... Hampir sahaja dia melupakan gerangan jejaka itu. Rancangan Tuhan amat sukar untuk diungkapkan.
Dia mengharapkan kebahagiaan. Dia mahukan orang yang dicintainya akan kekal di sampingnya. Dia akan pertahankan orang yang disayanginya separuh jiwanya.
Kerana dia tahu apa yang telah terjadi. Ini rahsia antara kau dan aku.
"Aku percayakan kau lebih dari diri aku sendiri, Dafinah."
⭐⭐⭐
https://www.wattpad.com/story/341846676