Hai semua! Terasa sekejap je masa berlalu, kan? Tup tup je dah hampir seminggu kita di tahun baru. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua para pembaca! Semoga tahun baru, semangat baru dan azam baru tahun ini akan dapat memberikan kita semua lebih inspirasi untuk terus kekal berjaya dan maju. Insya'ALLAH mudah-mudahan.
Buat pengetahuan semua, saya masih baru lagi berjinak-jinak dalam bidang penulisan di wattpad. Jadi novel 'Juara Carta Hati' adalah merupakan novel sulung saya di sini. Lima bab pertama saya dah kemaskini untuk minggu pertama tahun baru. Do support me, guys! Maaf jikalau ada yang merasakan jalan cerita dan plot yang ingin diketengahkan agak sensitif tetapi secara jujurnya idea asal untuk saya menulis cerita 'Juara Carta Hati' ini sebenarnya adalah diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di sekitar tahun 2006 iaitu kisah 14 tahun yang lalu. Jadi saya memohon maaf juga jikalau ada daripada para pembaca yang merasakan jalan ceritanya yang kelihatan agak perlahan. Jangan risau, teruskan bersabar! Perjalanan sesebuah kehidupan pastinya akan berakhir dengan kebahagiaan jikalau kita tetap berpegang pada tiga perkara iaitu percaya, sabar dan berusaha. Teruskan usaha anda untuk mengikuti perjalanan kisah Imran dan Hakimi hingga ke penghujungnya serta teruskan minat sokongan anda agar hasil nukilan pertama saya ini berjaya mendapat sambutan di hati anda semua. Terima kasih semua!
Salam sayang, Khaleel Muhsin ❤️