kimkaell

— Qomar dan Sabitah —
          	
          	“Saya ada sesuatu untuk awak, Bulan.” Bintang bawa sesuatu keluar dari beg galasnya. Nampak seperti sebotol kaca hitam dan di dalamnya mempunyai cecair jernih. Bibir mungil itu terukir cantik diwajahnya saat mata bundarnya memandang wajahku.
          	 
          	Hulurannya aku sambut. Namun, dahiku sedikit berkerut. Apa ke bendalah yang budak cengeng ni kasi aku.
          	
          	“Apa ni?” Aku menyoal hairan.
          	
          	“Sos tiram.” Bintang hemburkan tawa selepas dia buat lawak tak berapa nak menjadi.
          	
          	“Cuba awak buka dan hidu.”
          	
          	Penutup botol kaca aku buka. Kelopak mataku terangkat kerana harumannya menerjah ke rongga hidungku. Wangi. Wangi sangat! Harumannya tidak terlalu pekat atau keras. Malah, harumannya begitu lembut. Aku suka haruman begini kerana ini memang haruman yang aku suka.
          	
          	Wajahku berpaling. Melihat wajah jelita itu sedang tersenyum, buat aku rasa mahu memeluk tubuh halus itu tika ini juga. Gembira usah aku bendung lagi. Memang jelas terlakar diwajah aku.
          	
          	“Suka tak?” Kening Bintang terangkat beberapa kali.
          	
          	“Orang gila aje yang tak suka, Sabitah oi…”
          	
          	Bintang tertawa. Dan itu… umpama sebuah melodi indah yang sedang menerjah ke pendengaranku.

"Malam ini, terlihat bumantara nan indah. Terpancar binar rembulan dan bintang seakan akan bergembira diatas sana, pikiranku pun mengajak berkelana. Memiliki asmaraloka bersamamu adalah mimpi kecil yang ku harapkan menjadi nyata, walaupun aku begitu aksa dalam kalbumu.”
          — a