Rasanya lama dah tak kemaskini karya di Wattpad ini. Secara jujur, saya kini sedang sibuk dengan urusan kafe saya dan hal-hal peribadi. Setelah Suraya diterbitkan, banyak perkara saya perlu hadapi demi keberlangsungan hidup.
Namun, keinginan untuk terus berkarya itu tetap ada. Saya harap para pembaca sekalian masih lagi sudi menunggu terbitan baru episod The Purge yang sampai sekarang masih tergendala. Saya berazam untuk lekas-lekas menyiapkan episod terbaru karya itu kerana bagi saya, The Purge merupakan salah satu "bayi" saya dalam dunia penulisan.
Harap semua dapat memaafkan saya kerana mengambil terlalu lama masa untuk menyiapkannya. Inshallah, jika diizinkan Allah, saya akan siapkannya jua.
Terima kasih.