Hadirnya sebuah perasaan yang sukar diduga...
Perasaan ini sukar ditafsirkan dengan diri sediri, harini aku termenung...
Di tikar sejadah yang menghadap kiblat.
Dalam hati dan fikiran yang sedang memikirkan
Sebuah perasaan yang hadir dalm diri ini dan membuat diri ini sukar untuk tafsir.
Antara suka, atau sebaliknya..
Hadirnya dia kembali menyebabkan diri ini terhegeh hegeh...
Tidak! Aku bukannya orang sebegitu, aku perlu bermusyawarrah dengan Allah juga!
Aku takut... Takut hati ini kembali bertaut kepada si diaa..
Si diaa yang pernah mencuri hati ku pada suatu ketika..
Aku tidak mahu hati ku ini kembali berpaut kepada yang bukan halal bagiku..
Saat aku susah, ketika aku memerlukan teman untuk bersuara, ketika aku keseorangan, ketika aku bersedih...
Dia hadir menghulurkan tangan...
Dengan membawa sebuah cahaya..
Yang berkata
"Mari aku gembirakan kau.. aku akan tolong hilangkan semua masalah kau"
Waktu aku bahagia dengan hidup ku yang dipenuhi dengan warna warni... Dan pada ketika itu dia menghilang sunyi tanpa bunyi...
Hati ini pernah terpaut padanya dan aku tidak mau perkara itu berulang kembali...
Tolong.. wahai kamu izinkan aku... Izinkan aku untuk menjauhkan diri ku kerana Allah.. izinkan aku untuk kembali ke pangkuan Allah.. izinkan aku untuk bermusyawarrah dengan Allah... Dan akhir sekali, izinkan aku mendapat izin daripada Allah supaya aku dapat mencintai mu kerana allah.
11.26 P.M
18 Nov 2020