lynnanie_

Untuk Kali terakhir, aku sekali lagi perlahan-lahan bangun, walaupun lambat, aku harap usaha kali ini, tidak sia sia belaka. Jujur saja aku penat, tetapi lumrah Dunia bukan?

icekimchi16

@lynnanie_ walaupon xkenal...tapi stay strong sis..novel mu 100 kali aku baca still best
Reply

lynnanie_

1 april 2025, hari raya aidilfitri kedua. Unexpectedly, awak datang. Saya ingat mama dengan abah awak je datang. Sepantas kilat, satu getaran menghentak dada. Rasa hangat mula mengalir laju. Saat bertentang mata, saya seolah olah kembali hanyut. Rasa yang selama ini saya padam dan buang perlahan lahan berputik kembali. Sungguhla kata orang, yang pertama akan selamanya jadi yang paling dicintai. Dua tahun , awak mungkin dah bahagia, tapi saya masih setia dengan semua kenangan kita. Terima kasih princess saya ❤️

lynnanie_

Semalam , rasa lain. Macam happy , macam tak. Kemudian baru saya perasan tarikh semalam. 14/03/25! Kalau kita masih bersama , mungkin sekarang kita sedang meraikan tahun ke-6 kita bersama. Sayang, disini permulaan kita kenal, saling dekat, bersama dan akhirnya memilih untuk akur dengan takdir. Kadang, aku tertanya sendiri, apakah kau masih mengingati ku seperti aku masih teguh dengan rindu? Saya sentiasa doakan awak, tak ada satu hari pun doa saya takde untuk awak. Seronok tengok awak happy, walaupun bukan dengan saya. Terima kasih sebab pernah hadir dan jadi salah satu titik paling indah dalam perjalanan hidup saya <3

lynnanie_

Aku doakan, Kau bahagia bersama dia. Jauh lebih bahagia Dan gembira. Jangan menangis ya my princess? Aku gembira Kau akhirnya bertemu orang yang tepat. Semoga sukses terus my boo 

lynnanie_

@donno2502 thans fea, koyak skit tapi okay ja. For my own good and mmg decision aku. Cam rindu ja hehe. 
Reply

donno2502

@lynnanie_  terkadang kita cuma perlukan waktu. jngn terlalu push diri. jngn hukum diri. segalanya akan baik baik shj seiring waktu. stay strong
Reply

lynnanie_

Aku kehilangan arah untuk terus berjalan. Detik 28 disember 2019 merupakan detik pertama kita bertentang mata. Masih segar dimata Kau yang berpakain sedondon denganku sedang menunggku di pibtu masuk queensbay mall dengan lambaian Dan senyuman manismu. Itula detik paling bahagia dalam hidupku. Waktu seolah terhenti, aku seakan tak ingin masa berlalu. Namun disinilah aku, mengimbau kembali semua kenangan indah kita. Rindu ini semakin hari semakin berat. 

lynnanie_

Berat, sukar, dan lemas. Begitula perasaanku sejak Kau prrgi. Bukan mudah untuk kembali melakukan semua seorang duri setelah bersama bertahun tahun. Kehadiran orang baru takkan pernah sama. Sampai detik ini, you're still the winner, Mrs s 

lynnanie_

Rindu, rindu sangat. Semoga Kau bahagia di sana dengan sidia, jika takdir mengizinkan, aku ingin memelukmu sekali saja lagi

Aina_fiya

@lynnanie_ accidentally sampai kat profile ni dan baca kat message board ni. just nak tanya, kalau masih cinta, kenapa berpisah? masc memang kalau dah berpisah, takde istilah kembali bersama ke?
Reply