melliaamanica
Jika kesempurnaan menjadi syarat penerimaan. Maka, ketidaksempurnaan pasti akan jadi alasan sebuah penolakan. Jika kemanisan menjadi syarat untuk sebuah senyuman. Maka, kepahitan pasti akan jadi alasan isaknya tangisan. Dalam apa jua keinginan tentu tak semua sesuai kenyataan. Tapi jika kenyataan jadi alasan untuk mencipta kebencian. Haruslah, hidup takkan temu titik harapan. Sedarlah diri ini bererti cukup hanya pada yang mengerti. Usah cipta akujanji, jika awalnya diragui untuk ditepati. Konklusinya, kecewa, pedih dan iri sila tolak ketepi. Majulah lagi dan lagi kerana hasilnya nanti tersedia untuk dinikmati
melliaamanica
@ abangrambo menipu diri? Hahaha.. apalah erti menghadapi jika diselindungi kelicikan dan muslihat yang tahu hanya diri. Sedangkan melepasi kecewa, pedih dan iri itu hakikatnya jujur pada hati. Tak perlu trik magis untuk menampakkan intelejensi akal maknawi. Cukup menolak ke tepi demi sebuah janji. Membujur lalu melintang patah, sempurna pada majazi.. takkan lebih dinikmati daripada sari sebuah medium yang menghubungkan dua jiwa satu hati.
•
Reply
encikasmara
@melliaamanica Jika sempurna yg dicari, maka, beribu ribu ketidaksempurnaan akan muncul. Jika hanya meraikan kemanisan, beribu ribu kepahitan akan timbul. Setiap kebencian, takkan berakhir jika berjumpa titik pertemuan namun diabaikan. Jika diizintahu pengakhiran sebuah janji yg dicipta, pasti setiap yg terjadi, tak ada sengketa. Ini bukan konklusi, tapi menipu diri. Mana mungkin boleh hidup menolak pedih dan iri ketepi. Mahu menikmati perlu menghadapi. Asasnya, cucilah hati, bersihkan diri, hidup pasti penuh erti :)
•
Reply