monster_W

Kenapa masih banyak orang tetap berasa sunyi walhal sudah mempunyai ikatan sosial yang luas? Komunikasi kita menyentuh pelbagai perkara. Dari sekecil-kecil hal harian sehingga sorotan cerita yang hadir dari mulut-mulut asing. Banyak perkara yang telah dibincangkan mengawang di udara namun pada akhirnya yang menunggu kita di hujung hari adalah kesepian. Basic needs kita antaranya ialah connection. Interaksi sekecil apapun akan menarik bayang keramaian. Mengisi lompong-lompong yang tidak kita sedari adanya kewujudan yang menyentuh variasi sensasi, lalu mencuit kita dengan pembaharuan idea fikiran, permainan emosi serta fleksibiliti fizikal.  Namun, segalanya lebih banyak diteladani dengan noktah sia-sia di akhir meditasi kerana tidak kira berapa banyak susun atur cerita yang dileraikan, dilambung mahupun dimatikan, yang tinggal hanyalah rengek sepi. Bahkan tanpa kita sedari sebahagian daripada kita sedang mengutip kebingungan ketika melanggar sepi di tengah-tengah perjalanan.
          	
          	Ada benarnya untuk menolak segala sumpah sepi, mungkin kehidupan memerlukan kualiti dalam berinteraksi. Kualiti untuk menjadikan diri kita sebahagian daripada tekanan kehidupan. Secara langsung memberi kita spotlight untuk mencerna erti keberadaan. Interaksi yang berkualiti menjadikan kita terlihat hidup.
          	
          	Atau mungkin sepi tetap akan berumah tanpa mengira keadaan kerana kesibukan rutin sentiasa memaksa kita memahami hal-hal yang tak menentu sehingga kita lupa cara untuk menyatukan diri sendiri.

meniti nafas tumbesaran bersama kebingitan hidup menjadikan aku lebih cenderung untuk bingung. melihat dari sudut pandang mataku, terkadang suka ria yang menggapai raut wajah bertukar rumit kerana ketenangan yang aku cari bersembunyi di sebalik sepi dan bisu. percayalah, kata-kata juga berbunuhan. rutinitas hidup kini lebih banyak di isi omelan yang kadang kedengaran jengkel dan ada masanya sedikit comel. sudah tentu, mendewasakan diri adalah kitaran porak- peranda yang melelahkan. masih menakutkan walau setelah habis tenaga menyantuni setiap pesan ibu bersama serat harapan ayah yang diangkat ke langit, aku masih memuntahkan gementar ke angkasa. namun, mendamaikan diri bersama dewasa cukup memadai untuk aku angkuh tentang satu perkara. sehingga waktunya, hidup dengan kebingungan tidak akan memenggal kepalaku kerana kerap kali, Tuhan menjadi rumah untuk aku pulang. semoga ketenangan sentiasa menyambut nyawaku dengan hangat.

wipkrimo

@monster_W ‘Tuhan menjadi rumah untuk aku pulang’ 
Ответить

monster_W

Masih goyah namun jauh lebih baik (:
          nota kaki// rindu-rindukanlah diriku buat sementara waktu

monster_W

@oudraabdulaziz setakat ni belum ada apa2 lagi.. Tp jika diizinkan lg pd masa akan dtg, psti ada (: Jgn jemu menanti ya kak! (:
Ответить

monster_W

@oudraabdulaziz saya juga kak.. rindu dgn keriuhan dunia oren ni 
Ответить

monster_W

kerana markasmu di rembulan masih bercahaya kupersiapkan geroda menyapa. bagai menyarung cuak kamu berpura jemu mengira rindu sedang yang kutemui setelahnya derap kakimu menari di bumbung rumahku, mengintai not-not mimpiku.  tentunya enggan diusir menjadi debu kerana telah tersingkap di mataku, 
            "apa sudah sebingit yang kamu mahu?"

oudraabdulaziz

Just dropping by to say hi :)
          
          Hi dik!

oudraabdulaziz

Akak dah ada cerita dalam kepala. But the words masih pemalu hahaha sama2 lah kita berusaha.
            
            Selamat berpuasa :)
Ответить

monster_W

@oudraabdulaziz pujian yang sangat bermakna ya kak. Suka saya membacanya. Akak pun teruskan berkarya. Saya teruja menanti :)
Ответить

oudraabdulaziz

Perlu percaya kepada bakat sendiri, dik. You are  a talented writer xoxo
Ответить

monster_W

Tunjuk padaku seputar waktu antara mimpi, setelah kamu puas berlari di atas cakrawala, bermeditasi dan berkelahi, pada himpit nafas abdomen kita, absurd ditemukan sekeping latar masa, kerana kepalaku dan kepala mu, kini tinggal mungucup sentimental, ditemani debu pada jasadku seorang.
          
          -Cuma kota misteri dalam kepalaku-