8 HARI SAJA LAGI‼️ CEPAT BETUL MASA BERLALU, RASA MACAM SEMALAM JE KAMI BUKA PRE-ORDER❗
Ada yang berminat nak dapatkan novel COLD SUMMER : UNCONDITIONAL LOVE ❓
Jangan tunggu lagi, jom tempah sekarang. Pelbagai perasaan dapat anda rasakan dalam sebuah kisah 'Kedingingan Hati Ditakluki Cinta Tanpa Syarat.'
SEBARANG TEMPAHAN BOLEH WS NOMBOR DI BAWAH
+601118545793 - Yana
✨ BLURB ✨
MINA, seorang gadis yang menuntut di sebuah universiti tempatan di samping memiliki perwatakan kasar. Pantang jika ada yang mengusik atau memperlekehkan sahabat baiknya sendiri.
JAE, merupakan seorang sahabat baik kepada Mina. Meskipun dia seorang lelaki, tetapi perangai lemah gemalainya seringkali disalah ertikan seterusnya menjadi bahan ejekan orang sekeliling. Adanya Mina di sisi, membuatkan dirinya terasa selamat kerana sentiasa dilindungi.
Malang tidak berbau, Mina terpaksa meninggalkan segala impian mengejar cita-cita dan persabahatan dek musibah yang menimpa keluarga. Jae ditinggalkan terkapai-kapai bertemankan harapan agar Mina kembali.
Lima tahun berlalu begitu pantas. Kemunculan Mina bersama seorang kanak-kanak bernama Changbin cukup membuatkan Jae tergamam. Mina telah bergelar seorang ibu! Kedatangannya ke Seoul hanyalah satu, yakni mencari semula bapa kepada anaknya.
Atas dasar persabahatan, Jae sedaya upaya membantu Mina tidak kira apa jua halangan yang mendatang dan mencengkam keadaan.
Tanpa Jae sedari, hubungan persahabatan perlahan-lahan bercambah menjadi cinta. Bagaimanakah caranya Jae menakluki hati Mina di saat dia menggenggam sebuah lipatan rahsia daripada sahabat sendiri?
“Kau boleh terus jaga hati Changbin… tapi siapa nak jaga hati kau kalau kau tahan tangisan tu, Mina?” - Im Jaebum
“Kau tahu, Jae. Sejak Changbin hadir dalam hidup aku, banyak benda dah berubah…” -Yoon Mina.
APAKAH KESUDAHAN KISAH MEREKA❓ SEMUANYA DALAM COLD SUMMER : UNCONDITIONAL LOVE ❤.
https://www.wattpad.com/story/275534780