moonjni

Malam ni, saya start update Final Part utk His Heart Killer. Siapa yang masih bersabar dan menanti? 

ropiahsedek

@moonjni masih bersabar tunggu bab selanjutnya ❤️❤️
Rispondi

moonjni

Malam ni, saya start update Final Part utk His Heart Killer. Siapa yang masih bersabar dan menanti? 

ropiahsedek

@moonjni masih bersabar tunggu bab selanjutnya ❤️❤️
Rispondi

moonjni

“Kalau abang nak ceraikan Reen. Reen terima dengan hati yang terbuka.” Tepat mata Reen menikam ke wajah Dean.
          
          Riak wajah Dean juga berubah pucat. Dia sendiri bagaikan terkejut dengan ayat Reen.
          
          “Kenapa Reen cakap macam tu? Abang tak akan ceraikan Reen.” Dean mula bertegas.
          
          “Jadi Reen kena hidup dengan keadaan terluka sampai bila-bila ke? Reen kena cemburu pada bekas kekasih abang untuk selamanya ke? Abang mesti rasa bersalah untuk ceraikan Reen sebab kita kahwin atas permintaan daripada atuk,” luah Dareen dengan air mata yang sudah menitis ke atas selimutnya.
          
          Dia berasakan dirinya benar-benar menjadi beban buat diri Dean. Sekadar memenuhi kehendak Tuan Latif dalam hubungan tersebut.
          
          Sekelumit rasa bahagia langsung tak terasa oleh Dareen. Itu ke sebuah perkahwinan yang sebenar?
          
          “Mungkin apa yang Reen nampak atau dengar dah buatkan salah faham antara kita jadi makin teruk.”
          
          Kata-kata Dean membuatkan Dareen menarik tangannya supaya dilepaskan oleh Dean. Berubah air muka Dean tika itu.
          
          “Alasan abang dah lapuk. Reen bukan setakat dengar orang cakap yang abang keluar berdua dengan Dr. Shazwani, tapi Reen nampak dengan mata Reen sendiri. Abang tak perlu nak cipta alasan yang semua tu salah faham.” Tegas ayat itu dilontar oleh Dareen. 
          
          “Reen bagi abang jelaskan semuanya dulu boleh? Abang akan jujur dengan Reen. Kalau Reen tetap tak nak percaya pada abang, abang akan terima apa sahaja yang Reen nak. Tapi tolong berlaku adil pada diri abang, abang juga berhak pertahankan diri abang sendiri.” Dean juga mula membalas serius. 
          
          Dareen teleng ke arah lain. Melihatkan wajah Dean sahaja sudah membuatkan hatinya diamuk rasa kecewa.

moonjni

@EllySern Dah, under He_dynamicpublication. Boleh contact no 014-9464332 ✨️
Rispondi

nmys1427

Assalamualaikum, sis macam mana nak beli ebook epilog ehsal fakhira
          

moonjni

@nmys1427 Epilog Eshal Fakhira dah jadi novel. Boleh tanya Atap publication sama ada masih ada stok 
Rispondi

moonjni

Korang baca ke tak HHK sebenarnya? 

wiro_duo

@moonjni 
            Baca bila berkesempatan...jgn risau ya...
Rispondi