mujahidahns
MashaAllah... Setelah beberapa tahun berlalu, الله masih izinkan diri ini kembali ke sini. Alhamdulillah atas segala nikmat.
@mujahidahns
2
Works
1
Reading List
117
Followers
MashaAllah... Setelah beberapa tahun berlalu, الله masih izinkan diri ini kembali ke sini. Alhamdulillah atas segala nikmat.
MashaAllah... Setelah beberapa tahun berlalu, الله masih izinkan diri ini kembali ke sini. Alhamdulillah atas segala nikmat.
Bismillah. Assalamualaikum semuanya. Maafkan khilaf saya sepanjang kita saling mengenali mahupun saling follow di dunia oren ini. Maafkan juga atas kekurang-aktifan saya di sini dan ketidak-stabilan sharing saya sewaktu sebulan kita berpuasa Ramadhan lalu. Sebenarnya, saya mempunyai masalah untuk konsisten berkongsi "Ramadhan Daily Hadith" yang baru sahaja selesai; setiap hari di bulan Ramadhan atas faktor2 tertentu. Mohon ampun segala khilaf saya. Apapun saya amat berterima kasih dan menghargai jasa dan kesudian kalian yang setia membaca dan vote apa yang saya kongsikan. Moga الله membalas kebaikan kalian dan menjadi asbab kebaikan buat semua in shaa Allah. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, kan..? تقبل الله منا ومنكم :) Tahniah buat yang sudah berjaya selesaikan puasa sunat enam Syawal! Buat yang sedang dalam proses, moga dipermudahkan! Buat yang baru nak bermula, masih sempat lagi! ❤ Jom sama2 raih pahala. Biiznillah. ;)
@nurdinahsukiman terima kasih kak..izzah pon dlm proses puasa lagi ni doa semoga dpermudahkan
Terima kasih kerana membaca Puisi-puisi Emosi dik '))
Assalamualaikum. Allahuakbar.. Terlalu lama saya biarkan seketul oren ini tergantung sepi. Apa khabar semua? Saya pohon kalian jaga diri baik2, ya? Seperti yang kita sedia maklum; sekarang musim Covid-19 berleluasa. Jadi apapun saya harap kalian sentiasa dalam lindungan الله. Jaga kebersihan, ikut perintah KKM dan arahan pemimpin2 kita. Pandanglah ujian yang الله turunkan buat kita semua ni dari sudut hikmah. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Tahu apa yang Dia sedang caturkan sekarang ni. Kita pula-- wajib manfaatkan masa lapang yang kita ada ni dengan perkara2 berfaedah. Pernah dengar tak ayat; "manusia selalu lupa mensyukuri dua perkara; iaitu kesihatan dan masa lapang"..? Haa jadi.. Sekarang ni الله beri peluang pada kita untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang-- manfaatkanlah sebaiknya. Pada masa yang sama; banyakkan mengingati Dia dan berdoa agar penyakit ini berakhir tak lama lagi. In shaa الله, adalah tu ganjaran yang الله nak beri pada kita. Syaratnya صبر saja, ya..? ••• Sekadar makluman, saya long-hiatus di laman wattpad ini sebenarnya atas sebab peribadi. Maafkan saya untuk itu. Jadi untuk permulaan semula ni; saya akan publish "Coretan Nurdinah" lepas subuh nanti. In shaa الله. Segala yang dilakarkan adalah dari diri ini sendiri, tapi pada hakikatnya segala yang baik itu sudah tentu dari الله Azza Wa Jalla. Yang sebaliknya itu-- kelemahan saya sendiri. Jadi yang mana elok, ambillah sebagai tauladan. Yang kurang elok tu, haaaaa jadikan pengajaran okay? Jujurnya.. Segala teguran dan nasihat amat saya alu-alukan. Kerana saya masih terlalu jauh dari kesempurnaan; yang mana perlu diperbaiki in shaa الله saya usahakan. Tapi kena ingat--jangan jadikan alasan 'tidak sempurna' itu sebagai penghalang untuk kita menjalankan tugas sebagai khalifah الله. Okay? ;) Wallahua'lam. -nurdinahsukiman, 30 March, 2020-
Assalamualaikum. Saya baru sahaja unpublished cerita DIHDD dan KT. Dalam proses mengedit kedua-duanya sebab jalan cerita tak teratur. Jadi saya cuba perbaikinya. In shaa Allah. :)
Assalamualaikum. Ya Allah, lama sungguh tak bersuara di dunia oren ni. Untuk makluman, alhamdulillah diri ini telah berjaya tamatkan pelajaran di sekolah menengah. Sungguh, how time flies-- pejam celik pejam celik aje. Cerita pun dah lama betul tertangguh. Minta maaf ya Saya stay asrama untuk dua tahun terakhir ni, jadi phone tiada di tangan selalu. Balik rumah pun jarang-jarang aje. Alhamdulillah, masih dikurniakan umur yg panjang dan kesihatan yg baik. Mudah-mudahan dikurniakan semangat dan idea untuk menulis juga. In shaa Allah. Doakan saya ya! Dalam Ingatan, Hati dan Doa dalam proses "editing" dan "to be continued" begitu juga dengan Kerana Takdir, in shaa Allah. Tak apalah lama nak siapkan pun, harapnya dapat habiskan pun cukup bersyukur. Tahu, mesti tak seronok baca sekerat sekerat lepastu stop. Nak sambung baca balik pun tak best, dah tak ingat jalan cerita sebelumnya. Kan? Ya saya faham. Jadi untuk itu, saya sedang mengeditnya dan dalam proses menyambung kedua-duanya. Saya minta maaf dan minta support kalian juga. Hehe! Terimakasih,
Hye! Jemput la baca novel saya, Jawapan Dari Bintang ;)
Assalamualaikum semua. Minta maaf sangat2 sebab dah lama sangat tak update DIHDD. Idea serius takda, terlalu kering. Tapi IN SHAA ALLAH tetap akan diteruskan cerita ni walau mengambil masa berapa tahun sekalipun. Cuma sekarang saya terpaksa "HIATUS" kan cerita ni sebab mulai esok saya akan tinggal di asrama for the first time in 16 years. Fuhh~ moga dipermudahkan segalanya dengan izin DIA. Apapun, saya tahu cerita ni tak seronok. Membosankan dan yang seumpama dengannya. I totally know it. Tapi saya takkan give up nak lepas tangan centu je, in shaa ALLAH. Sebab cerita ni saya nak selitkan banyak kenangan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi jangan salah faham. Hannah Fatihah tu bukan saya. Tolong jangan anggap heroin dalam cerita ni ialah saya. Sebab dia, adalah watak ciptaan saya. Dan saya, adalah ciptaan ALLAH YANG MAHA ESA. Jangan samakan, hehe. Sebab jalan cerita DIHDD ni saya cuma ambil daripada kisah sebenar saya sebagai modal je. Permulaan bagi seorang penulis baru kan? Hee. Maaf sebab mesej kalini panjang. Maklumlah, lepasni dah tak boleh nak main phone selalu. Dan saya nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK pada yang sudi baca dan vote my humble story ni. Yang baca saja pun, saya berterima kasih banyak jugak. Saya hargainya, seriously ;) Lepasni singgah lah pulak baca cerita saya bila ada new update ya? Janji berlapikkan IN SHAA ALLAH, okay? Hehe byee ❤ assalamualaikum.
Assalamualaikum semua . Saya dah update cerita pertama saya; DIHDD . Harap sudi baca , vote dan comment sekali ya . Hehehe Untuk pengetahuan , penggunaan bahasa dalam novel DIHDD ada yang terikat dan ada juga yang santai . Mohon maaf sekiranya ada tersalah atau tersilap cara dalam penulisan pertama saya ini . Jika ada teguran atau tunjuk ajar , saya amat hargainya PLEASE READ , VOTE AND COMMENT GUYS !! ❤ THANKYOUUU
Thank you @nurdinahsukiman sebab sudi baca and add my humble story in your reading list..thank you very very much..
Both you and this user will be prevented from:
Note:
You will still be able to view each other's stories.
Select Reason:
Duration: 2 days
Reason: