@SyaMimi213 Asalamuailaikum semua.
Saya ada berita yang kurang menyenangkan tentang Luqman. Perkara ni berlaku dengan pantas dan saya pun tak terfikir akan terjadi.
Manuskrip saya yang bertajuk Luqman's telahpun hilang. Kesemua penulisan saya di dalam karya tersebut sebanyak 70 ribu patah perkataan hilang begitu saja. Hasil daripada titik peluh, penat lelah saya selama ini adalah sia-sia.
Mcm mana boleh hilang? Citernya macam ni, petang tadi saya sambung tulis Luqman's seperti biasa. Waktu tu saya tengah makan makanan ringan kemudian, kucing saya naik atas meja dan memijak papan kekunci laptop. Saya pun halau dia supaya tak terus pijak papan kekunci laptop tu. Out of nowhere, berkemungkinan dia terpijak button detele semasa saya halau dia tu dan... manuskrip yang saya dh tulis hilang. Tau ii dah kosong. Frust jugaklah sbb saya dah tulis byk dan manuskrip nya pun hampir siap.
Tkde backup ke? Tak cuba cari ke? Sayangnya saya tak buat buat backup. Salah saya jugak sebab tak buat backup awal ii. Pengajarannya kena buat backup supaya tak mental breakdown. Saya tak terfikir yng benda ni akn jdi.
Saya dah minta bantuan kakak saya untuk cari namun, tiada. Menangis jugak tadi sebab manuskrip hilang. Siapa je yang tak menangis kalau manuskrip dia hilang? Penat-penat perah otak, cri idea semua tup ii hilang.
Dengan ini, saya ingin meminta maaf diatas perkara yang telah berlaku. Saya hanya bersangka baik dgn Allah. Mungkin dia beri ujian ni untuk gantikan sesuatu yang lebih baik? Semua benda yang jadi ada hikmahnya jadi, saya serahkan segalanya pada-Nya.
Buat masa sekarang, saya akan publish story Luqman di wattpad semula. Tentang manuskrip Luqman saya minta awak semua beri ruang kpd saya untuk mula daripada awal hingga akhir . Sekian, terima kasih.