missfaa_

"Hanif, kau keluar sekarang!" Aisyah mula meninggikan suara. 
          
          Tiba-tiba sahaja, pipi Aisyah dicekup kuat. Wanita itu langsung sahaja mencuba untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu. 
          
          "Apa kau buat ni?" Tanya Aisyah. 
          
          "Eh perempuan. Nasib je kau sekarang ni masih dalam rumah mak kau. Apa masalah kau ek? Aku nak tidur sebelah kau ke, nak tidur bawah ketiak kau ke, kenapa kau nak marah? Aku ni suami kau, tahu? Syurga kau bawah tapak kaki aku," Kata Hanif. Dahinya berkerut menahan marah. 
          
          "Lepaskan aku lah," balas Aisyah. Tubuh lelaki itu ditolak beberapa kali namun sia-sia. 
          
          "Kau dengar sini. Habis je waktu kau bermesra dengan mak kau, kau tak boleh dan tak akan jejak kaki lagi dalam rumah ni. So, aku harap kau boleh lepaskan segala rindu kau dalam masa seminggu ni," kata Hanif lagi. Genggaman tangannya dilepaskan. Merah pipi wanita itu dibuatnya. Puas hati!
          
          Bantal dan selimut diambil sebelum dia melangkah meninggalkan Aisyah. Dia hanya perlu menunggu beberapa hari sahaja lagi sebelum Aisyah mengikutinya pulang. 
          
          Kemudian, Aisyah akan menjadi seratus peratus hak miliknya.
          
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

Chapter 10
          
          "Elok sangat la tu dia kahwin dengan Doktor Hanif, daripada si Aathif tu, apa pun tak ada"
          
          "Dah apa pasal kau cakap macam tu?" Mata Wati dituju ke arah Aisyah yang pada ketika ini kelihatan sangat cantik. 
          
          "Ye lah, Doktor Hanif tu dah sah-sah lah boleh sediakan semua untuk Aisyah. Kalau Aathif tu, aku rasa, rumah pun dia tak mampu nak beli. Kalau nak tunggu Aathif tu pacak khemah megah, agaknya, masuk umur 30 pun belum tentu boleh kahwin lagi," jawab Imah. 
          
          "Rezeki masing-masing, Mah. Jodoh tu pula dekat tangan Allah. Kau bukannya tahu pun, apa perancangan Tuhan tu untuk si Aathif. Mana tahu, tiba-tiba ada anak orang berada suka dekat budak tu, kahwin juga dia nanti," balas Wati. 
          
          "Ye ye je kau. Aku rasa, anak orang kaya pun tak akan pandang muka dia," balas Imah. 
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

Blurb chapter 9
          
          "Aku terima nikahnya Nurul Aisyah Sofia dengan mas kahwin RM300 tunai"
          
          "Sah?" Tanya tok kadi kepada saksi yang hadir. 
          
          Sebaik sahaja saksi mengangguk setuju dengan akad nikah tersebut, maka sempurnalah pernikahan di antara Hanif dan Aisyah, sekali gus menjadikan mereka pasangan suami isteri yang sah. 
          
          Aisyah ingin menjerit. Bukan ini yang dia mahukan! Bukan Hanif yang berada di hati! Masa kan dia mahu menerima lelaki itu sebagai suami setelah apa yang Hanif telah lakukan kepada dia?
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

Hai, saya datang nak promote cerita ni 
          
          "Jangan salahkan orang lain, Damia. You yang sibuk sangat nak ada dalam hubungan ni. I tak pernah pun nak dekat you, unless for your body," marah Adam. Lengan Damia ditepis dengan kasar, hampir membuatkan wanita itu jatuh ke tanah yang basah. 
          
          "Ouh! Sekarang you nak kata yang Bulan tak ada kena mengena dalam hal ni? Kalau bukan sebab I yang tolong you haritu, you tak akan pandang lah dengan si sundal tu! Apa dia sedap sangat ke layan you atas katil, Adam? Sebab I tengok you dah kemaruk sangat nak dekat dengan dia. I yang depan mata you, cintakan you, sanggup buat apa je untuk you, you tak nampak ke? You dah buta ke Adam Adli?!" tengking Damia. 
          
          "Siapa yang sundal sekarang ni? You atau Bulan? I dah nampak kelemahan you, Damia! You terlalu cintakan I sampai sanggup menyundal! Eh, Damia! Bulan lagi better daripada you. Yes, she's not a whore like you but sesiapa sahaja sanggup lah jadikan Bulan tu sebagai pasangan. Kalau I pun, I sanggup tunggu dia sampai I mati sekalipun!" marah Adam. 
          
          https://www.wattpad.com/story/298344727?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_&wp_originator=kpVYPYZjxzh1O%2FhEGXjYQAR7d1M1LtXadOX0DzUm7WmLmnp1p5nbD9HnHB81KHt3Rx6WF3AXbw3qMFtEvQnelaOWOX7XGpbED1pDWqqRwWT39ZSv%2FkMkdyNxQGOYUQo%2B