Buku yang dilempar ke dalam laut ada masanya bisa kembali semula ke darat akibat dibawa arus ombak sehinggakan hati kita bagaikan sentiasa ditusuk berulang kali .
Sentiasa mengulangi kesilapan yg sama bagaikan tidak pernah menyesalinya dahulu . Akhirnya diri sendiri yg keseorangan menangisi nasib yg tidak pasti .
Menanti bagai bulan jatuh ke riba meskipun sedar bahawa perkara itu tidak sama sekali akan berlaku . Kerana itu sahaja salah satu cara untuk terus berharap .
Dalam tanpa aku sedar , dialah rakan baik yang sentiasa ada apabila aku memerlukan sokongan . Aku memerlukan nasihat . Aku memerlukan pendengar yg setia meskipun dia tak sentiasa ada disisi aku apabila aku gembira .