Apabila seseorang yang kita sayang telah meninggalkan kita, baru kita rasa menyesal kerana selama hayatnya kita tak sempat mengungkapkan kata sayang kepadanya.
Semua orang di muka bumi ini mempunyai dugaan masing-masing. Ada orang yang terlalu mengambil berat dengan perasaan orang sekeliling sehingga dia mengabaikan perasaan sendiri. Dia tersepit dengan sikap kedua ibubapa. Akhirnya, dia memilih untuk memendam rasa. Di pengakhirannya, dia berasa sedih dan dadanya terasa sebak. Dia tidak tahu mahu lakukan apa.
Ya Allah, sesungguhnya, Engkau lah punca kekuatan kesemua manusia di muka bumi ini. Kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi dugaan-Mu. Amiiin
- sayangilah orang disekeliling kita selagi mereka ada #pesananikhlasdarinightalumni
Lots Of Love,
NIGHTALUMNI
xoxo