BIODATA RINGKAS PENULIS

Penulis adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Bagaimanapun beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Takzim. Menamatkan pelajaran dalam jurusan Teknologi Maklumat dengan kepujian dari UUM. Beliau memulakan karier dalam bidang penulisan hanya sebagai seorang Ghostwriter untuk pelbagai agensi dan individu.
Penulis sekarang menetap di Ipoh, sudah berumahtangga dan memiliki tiga orang anak yang comel. Beliau menganggap menulis ini bukan sahaja sebagai hobi beliau, bahkan menulis juga merupakan suatu escapism dari reality kehidupan. Suatu pekerjaan yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Antologi pertamanya, KITA BERKAHWIN UNTUK APA?, membuka peluang untuk beliau lebih dikenali ramai. Bagaimanapun, niche yang benar-benar menjadi minat beliau adalah penulisan fiksyen.
Harapan beliau dalam dunia penulisan ini ialah, supaya terus diberikan kesihatan dan peluang untuk terus berkarya.
  • Malaysia
  • JoinedApril 22, 2025


Last Message
nqakma nqakma Sep 12, 2026 04:25AM
Cerita ini akan diterbitkan dengan nombor eISBN dalam beberapa minggu ini. Nak tak baca sampai habis sebelum saya take down cerita ni?
View all Conversations

Story by nqakma
KISAH MAYAT TAK DITUNTUT by nqakma
KISAH MAYAT TAK DITUNTUT
Sudah tiga bulan Hawa menjalani latihan industri di hospital ini dengan tenang. Namun, segala-galanya berubah...
ranking #19 in booktok See all rankings
2 Reading Lists