Hai awak... Jemput baca novel² saya. Jom saya belanja sinopsis novel Bella Luna.
https://my.w.tt/JO2rC8I5S6
Dalam kehidupan, Tuhan kirim ujian tanda kasih dan mungkin peringatan. Tuhan hadirkan seseorang terkadang untuk membahagiakan. Namun, dalam kebahagiaan pasti dibaluti dengan kedukaan yang mungkin menguji perasaan.
Saif Ayoub... Lelaki pertama yang ikhlas mencintai. Lelaki pertama yang bermulut puaka dia kenali, tetapi sebenarnya dia berhati nuraini.
lelaki itu selalu ada bila Bella dirundung pilu.
"Bulan terangkan malam kerana Tuhan yang arahkan bulan untuk terangkan Malam. Sama macam you, Tuhan hadirkan you untuk temani I dalam kedukaan." - BELLA LUNA
Saat mereka mula menzahirkan rasa cinta, satu perjanjian yang sudah terpatri di antara Bella Luna bersama Mummy mula menjerat dia dalam permainan yang dia ciptakan sendiri.
"Aku menyesal kenal kau. Kenapa kau sanggup jadi racun yang menghancurkan lepas kau dah jadi madu yang memaniskan? Sepatutnya aku tak payah tolong kau! Sepatutnya aku tak payah bersusah payah korbankan masa depan aku demi kau. Aku tak sangka kau ni pendusta cinta."
Kerana Saif Ayoub rasa tertipu diperangkap dalam jerat percintaan.
Kini, dia menjadi lelaki pendendam. Namun, perasaan Bella Luna terhadap lelaki itu pula mula dibebani dengan rindu yang mendalam.
Masihkah ada ruang untuk Bella Luna andai dendam yang menyapa diri Si jejaka?
Andai dia untukku,
Dekatkan hatiku dengannya...