nurarafahzulkafle

"Sebelum tidur ni, ambil masa untuk maafkan orang sekeliling dan lepaskan api kemarahan dan dendam tu.
          	Jadi maafkan dan esok bangun pun dengan hati yang senang.
          	Korang pun patut maafkan diri sendiri sebab kadang-kadang suka dengan orang yang tak suka korang."
          	-faizIbrahim

nurarafahzulkafle

"Sebelum tidur ni, ambil masa untuk maafkan orang sekeliling dan lepaskan api kemarahan dan dendam tu.
          Jadi maafkan dan esok bangun pun dengan hati yang senang.
          Korang pun patut maafkan diri sendiri sebab kadang-kadang suka dengan orang yang tak suka korang."
          -faizIbrahim

nurarafahzulkafle

Apapun musim yang mendatang
          Seusai itu pasti akan tenang
          Jiwa yang meradang memerlukan ketenangan,
          Tangisan yang hiba memerlukan pelukan
          Andai berkelahi mampun menyatukan
          Kenapa perlu mencari perpisahan sebagai kesudahan?
          Andai berkelahi adalah titik permulaan kesamaan 
          Kenapa ketidakserasian mula menjadi saksi?
          Dulu
          Madahnya manis persis madu 
          Sekarang marahnya menyala hilang segala jiwa dan rasa
          Tuhan,
          Tolong jangan mudahkan hati mencari yang berlainan rasa dan kesafahaman jiwa
          Kerana yang sudah  ada dan tersedia terlalu cukup bermakna 
          Dan
          Aku terima apa adanya.

nurarafahzulkafle

Manusia selalu menilai menggunakan mata tanpa hati dan akal fikiran,
          Tapi tidak mengapa mata bukan segala2 nya dalam mentafsir segala perkara,
          Walaupun ada madah pujangga tentang cinta "dari mata jatuh ke hati"
          pandangan setiap manusia melalui pacaindera tetap berbeza
          Kini,madah basi dimamah zaman kerana manusia mula pandai dalam penilaian,
          Bukan lagi dari mata tapi kepala lutut yang banyak sangkaannya.

nurarafahzulkafle

Selagi boleh bermadah,
          Aku cuba pakai kosa kata yang terindah,
          Supaya kau faham betapa pentingnya dalam pertuturan untuk mendapat "sentuhan"
          
          Dah sampai satu ketika
          Jangankan madah
          Sindiran cili api pun aku tak pakai
          Biar kau faham bukan semua tahap kesabaran boleh diluah dengan satu "pena"

nurarafahzulkafle

aku cuma seorang gadis kecil,
          yang perlukan perhatian,
          perlukan kasih sayang,
          perlukan teman,
          perlukan lawan,
          perlukan umpatan,
          perlukan sokongan.
          
          dan
          
          aku masih seorang gadis kecil,
          bila berduka aku menangis,
          bila gembira pun aku menangis,
          bila terluka aku menangis,
          
          adakalanya,
          
          orang memandang aku seperti gadis 'cengeng',
          sikit2 nak menangis,
          hal kecil pun nak menangis,
          kehilangan pensil pun nak menangis.
           
          tapi ramai tak tahu
          
          tangisan si gadis kecil
          boleh membuatkan dunia menangis.