Tolong doakan kejayaan saya dan saya sentiasa mendoakan kejayaan awak semua dan semoga kita semua berada di dalam bimbingan dan redha-Nya. Bagi yang non muslim, janganlah buat perkara yang Tuhan kita ingkar. Begitu juga yang muslim, ya.
Tak pernah terlambat untuk kita bertaubat hanya perlukan sedikit usaha dan tawakal kepada-Nya. Selagi pintu taubat tidak tertutup maka mintalah ampun pada-Nya. Saya kata begitu bukan kerana ingin memeberi ceramah namun ia sebagai panduan agar jangan pernah menyalahgunakan wattpad ini. Saya tahu wattpad ada baik dan buruknya. Jika iman anda lemah, saya nasihatkan solatlah. Minta pada Allah. Ilmu itu luas tidak semestinya ia hanya ada di dalam dunia ini, tapi ilmu itu ada dimana-mana sahaja.
Saya ingin tekankan JANGAN PERNAH BUAT MAKSIAT DI SINI! PADAH AKIBATNYA!
Jika anda pernah buat kesalahan dan khilaf itu, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Di dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman, "Wahai hamba-Ku kamu semua sesat, kecuali orang yang telah aku beri hidayah, maka hendaklah kamu meminta hidayah kepada-Ku PASTI aku akan memberikan hidayah."
Jadi kebenarannya kita semua adalah jahil kecuali orang yang telah mendapat hidayah Allah. Dan hanya golongan yang tertentu sahaja yang mendapat hidayah-Nya. Namun, ia tidak bererti kita akan selamanya jahil. Allah sudah berfirman, "hendaklah kamu meminta hidayah kepada-Ku PASTI aku akan memberikan hidayah."
Itu janji Allah. Allah PASTI memberi hidayah! Itu janji-Nya. Tiada yang diragui.
Saya bukan mahu memberi ceramah hanya sedikit nasihat di akhir kalam saya di dalam ini. Saya juga pendosa. Maka marilah bersama kita menuju redha dan mencari hidayah-Nya.