Hi! Entah awak disana dapat melihat coretan ini, atau sekadar menjadi satu mesej yang tidak disedari sampai bila-bila.
Terlalu lama saya mencari sebuah cerita yang pernah membuat hari saya indah dan kemudiannya di hari yang sama membuat saya dirundum rasa sebaknya, dia bukan selepas hujan ada pelangi indah..tetapi sebaliknya sebab tidak sempat pelangi bersinar indah tetapi sudah diberikan rasa hujan yang seakan tidak ingin mengakhiri lebatnya.
Saya tercari, mana kisah seorang lelaki yang sedang tersenyum girang apabila dia dekat dengan insan yang disayangi seakan tiada apa yang akan berlaku di keesokkan harinya. Dia yang hanya merancang, Tuhan yang menentukan, ternyata senyuman indah itu tidak selamanya kerana ia seakan perlahan-lahan sirna dan sebuah genggaman tangan yang menguatkannya untuk terus teguh berdiri semakin longgar disebalik tautan tangan yang erat.
Faham tak bila kita terlalu inginkan semua orang untuk terus bahagia dan tertawa ternyata ada sakit yang tidak diungkap keperitannya. Engkau mengatakan “semuanya akan baik-baik saja”, tetapi tidak pada makna "semua" itu. Berakhir kisah pada kematian dan dia yang terus setia kepada satu nama lebih sakit berbanding berakhir dengan kisah yang kedua-dua jasad masih berpijak pada tanah yang sama tetapi hatinya bukan untuk kau yang kekal menanti selama ini ternyata ia sesuatu perkara yang sia-sia. Dia ibarat “bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.”