Beberapa tahun menulis di sini, tak pernah aku katakan aku sebagai seorang penulis sebab aku hanya menulis apa yang aku rasa. Sama ada gembira atau binasa, bergantung kepada masa dan ketika.
Tapi aku harap, aku takkan pernah berhenti - sebab ini jelah salah satu coping mechanism yang ada. Aku tak ramai kawan, kawan yang ada juga terkadang sibuk dengan kehidupan mereka. Jadi, sini jelah tempatnya.
Walaupun dunia wattpad semestinya dah berubah, tak sama seperti 10 tahun lepas, tapi aku percaya yang aku masih akan tetap sama. Menulis dikala sarat dengan duka, hingga akhirnya aku sendiri yang akan rasa "cringe" dengan setiap penulisan yang ada.
-- aku tak tahu adakah kenalan aku di wattpad masih ada atau tidak, tapi aku harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. :D