di langit-langit kehidupan,
kita sentiasa sombong dengan tuhan,
hidup bagaikan tiada kematian,
kotornya sebuah kehidupan,
setiap harinya harus memikirkan dunia,
kesusahan demi kesusahan,
adalah kesusahan duniawi,
selalu meracuni hati,
mari kita tanya pada diri sendiri,
mengapa kita di hantar kesini,
lalu harus meninggalkan semua ini,
di langit-langit kehidupan,
bagai dunia milik kita,
pada hakikatnya ini adalah sementara,
kita sentiasa tertipu dunia,
sentiasa kesakitan kerana dunia,
manusia sentiasa terlupa,
manusia sentiasa terlupa,
tatkala waktu yang bakal tiba,
kita semua akan mati,
berpindah ke alam abadi,
ini janji-janji illahi.
R.M.S