Teruntuk diriku yang merayakan
'perayaan menuju tua'.
Terima kasih,
Sudah sampai dititik ini.
Terima kasih,
Sudah mengikhlaskan yang pergi.
Terima kasih,
Menjadikan luka sebagai pengajaran dan bukan untuk dijadikan alasan.
Terima kasih,
Untuk kekuatan yang luar biasa.
Terima kasih,
Perlahan-lahan menerima diri.
Terima kasih,
Untuk bangun melangkah walaupun langkahnya masih kecil.
Terima kasih,
Kerana menerima kasih yang dicurahkan untuk diri sendiri.
Semoga kita berjumpa di perayaan menuju tua seterusnya.