prkjm2you

Ya Allah,bantulah hatiku ini memahami,menghayati dan merasai keindahan dalam setiap takdirMu.♥︎
          	
          	

prkjm2you

          
          Pentingnya hadir ke Majlis Ta’lim atau Majlis Ilmu 
          
          Rasulullah ﷺ bersabda,
          
          مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ. 
          
          " Barang siapa menyelusuri satu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah  mudahkan baginya jalan menuju ke Syurga." 
          
          - Hadith Riwayat Muslim

prkjm2you

Doa seseorang sentiasa akan dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa. 
          
          seorang sahabat bertanya ;
          
          'Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan tergesa-gesa? '
          
          Rasulullah saw menjawab:
          
          Yang dimaksud dengan tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan; 'Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan'. Setelah itu, ia merasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi.'
          
          (H.R. Muslim daripada Abu Hurairah)
          
          

prkjm2you

MARHABAN YA RAMADHAN !
          Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah kerana dengan izin-Mu ku berpeluang untuk menyambut Ramadhan kali ini.
          Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini saya ingin meminta maaf jika saya ada salah dan silap.Manusia tak pernah lari dari kesilapan dan khilaf.Maafkanlah sesiapa sahaja yang pernah menyakiti kita.Tak guna kita berdendam.Maafkanlah seseorang itu sebanyak mana kita nak Allah ampunkan dosa kita.Kita cuma hamba Allah yang penuh noda dan dosa.Ambillah kesempatan di bulan yang mulia ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.Tinggalkanlah larangannya.Dan lakukanlah suruhan-Nya.Pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa yang menginginkannya. Sambutlah pemberian Allah ini dengan hati yang ikhlas menyayangi-Nya.Moga redha Allah sentiasa bersama kita.
          
          Selamat menunaikan ibadah puasa♡
          Ramadhan Kareem !
          
          Doakan supaya saya dapat jawab exam dengan tenang minggu ni :)
          
          
          
          

prkjm2you

@Musafir83 Syukran Jazilan.Allahumma Amin.
Contestar

ummu_umarah83

@ prkjm2you  Alhamdulillah.
            Aamiin ya Allah. Semoga dipermudahkan semua sis. N slmt maju jaya.
Contestar

prkjm2you

FAEDAH AMALAN PADA NISFU SYA’BAN
          
          Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
          
          1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
          
          2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
          
          3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
          
          4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
          
          Semoga kita mendapat keberkatan dengan mengerjakan amalan di malam Nisfu Syaaban ini.
          
          
          
          

prkjm2you

3. Daripada Sayyidah Aisyah  berkata:
          
          Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 
          
          4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
          
          Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.
          
          Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. 
          Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”
          
          Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
          Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
          
          5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
          sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
          
          6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
          
          Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga. 
          
          Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
          
           7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.
          
          

prkjm2you

7 KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN
          
          1. Dari Sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
          
          Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
          
          2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:
          
          pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.
          
          Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
          
          

prkjm2you

MALAM INI, malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita. 
          
          Beri tahu kepada semua orang-orang yang kita sayang.
          
          Hari ini 28 Mac 2021 adalah malam nisfu syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
          
          Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
          
          قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
          
          Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meinta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
          
          (Riwayat Ibnu Majah)
          
          Malam Nisfu Sya’ban
          1442H bersamaan 28 Mac 2021
          
          Apakah kelebihan malam nisfu sya’ban?
          
          Banyak kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
          
          Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
          Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
          Lailatul Baraah (malam pelepasan),
          Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
          Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
          Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
          Lailatul Syafaah (malam syafaat)
          Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
          Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
          
          
          

prkjm2you

I don't know what's going on to me this month......
          But I have made a decision about my life
          A decision that I have never expected to do
          But I do.
          
          It just suddenly happen,
          
          In just One day,
          
          Today (Thursday,22 October 2020)
          I made a decision to leave K-pop,
          BTS,BTOB ,or anyone else and not being an "ARMY" or "MELODY" anymore.I stop following their Instagram, Twitter and else.
          
          It's hard for me to leave them because I shared my life , being an ARMY in about 2 years and MELODY in about 2 months.
          
          But....
          
          I do this for my goodness sake.For myself and my religion.
          
          Before this,I like them because they taught me how to love myself, believe in myself and many more
          
          But...
          
          It's not going well for me because music are just " MELALAIKAN ".
          
          I do not keep the eye out when I saw an
           " AJNABI ". 
          
          So, it keep me " MISLEADING " and make me far from Allah 
          
          And...
          
          Now..
          
          I realized that the only way to love myself is 
          if I got myself close to Allah even more.
          
          I will never regret this decision because I am sure this decision is the best for me and my life.
          
          And last but not least,
          
          Thank you الله cause you led me to this path❤️
          
          When you love Allah,
          
          You will never have a reason to quit,
          
          
          
          
          

ummu_umarah83

@ prkjm2you  Alhamdulillah..kerana menjadi salah seorang insan yg terpilih di antara jutaan manusia di atas muka bumi.
Contestar

ummu_umarah83

@ prkjm2you  Allah swt jentik hati kita kerana DIA sayang. Semoga rahmat dan redha Allah swt sentiasa mengiringi setiap langkahmu.
            May Allah swt bless u
Contestar