zaza_aurora

Mashaa Allah... Subhanallah!!! 
          
          Jalan cerita yang sangat menarik, idea yang mencurah-curah. Sebelum saya baca novel ni saya tidak berminat langsung dengan muka depan novel warna yang tak menarik dengan nama watak yang tidak bagi menarik bagi saya dan tajuk cerita yang macam tidak berapa menarik hati membaca tapi hati saya terdetik ingin membaca juga. Kenapa banyak sangat sambutan? Mesti cerita ini terbaik! Apapun saya suka sangat jalan cerita ini. Sepanjang satu malam saya membaca, air mata ini banyak sangat mengalir. Jalan cerita yang penuh dengan dugaan dan masalah yang harus mereka hadapi. Menarik sangat cerita ini adalah kerana lebih berunsurkan agama. Saya suka sangat!  Semoga anda terus berjaya dalam bidang penulisan ini. Abaikan pendapat manusia yang telah menganggap anda salah... Apa yang pengting anda menulis adalah untuk berkongsi ilmu dan cerita yang penuh pengajaran buat semua. Terima kasih telah menghasilkan novel yang sangat menarik minta pembaca. Sambung lagi cerita ni sis!  Menarik sangat... Sedih bila dapat baca setengah cerita nie. Kita hendak penamat nya!