#Idea_1
MENGISAHKAN seorang jejaka yang bekerja sebagai chef selebriti terkemuka di sebuah kota Kuala Lumpur. Namun begitu, dia hanya tersenyum di hadapan kamera yang sudah jadi kebiasaannya. Dengan kepakaran memasak, dia juga tidak lepas dari wajahnya yang tampan. Dari sudut tepi kelihatan tidak ubah seperti seorang genius. Manakala dari sudut hadapan jelas menampakkan wajahnya yang putih susu.
Syerlynna Uqasha — Aku selalu menanam anggur. Sampailah satu hari, aku disuruh mencuba nasib di sebuah restoran hotel berdekatan rumahnya. Pada mulanya aku malas. Tetapi apabila ayah dijangkiti penyakit jantung, aku bertekad untuk bekerja hanya untuk mencari duit.
Gentar Noah — Aku berkacukan Jerman namun fasih berbahasa Melayu. Mahupun begitu, senyuman aku terlalu mahal. Mungkin di media sosial aku murah senyum. Tetapi di belakang, sorry to say.
Apabila bertemu, masing-masing terdiam. Yang hanya adalah kuali dan senduk yang sentiasa bising di dapur. SYERLYNNA UQASHA baginya tidaklah terlalu menarik. Tetapi masakannya adalah perhatian yang membawa GENTAR NOAH terasa tercabar. Tercabar kerana masakannya? Entah. Sehingga dia berhasrat ingin membuatkan SYERLYNNA UQASHA jatuh. Tapi malangnya, dia yang jatuh.
JATUH CINTA.
Lebih perit lagi apabila SYERLYNNA UQASHA malah akan bertunang dengan seorang jejaka. UWAYS ISKANDAR. You are my revenge.