Setelah tiba di perkarangan villa yang disewa oleh Ema. Satu persatu perkara yang tidak diingini berlaku. Nyawa di korban satu persatu. Mereka sekawan cuba bertahan untuk menyelamatkan diri apabila Henri terbunuh dalam keadaan yang sadis. Tetapi malangnya pembunuh itu bukanlah seorang yang boleh dibodohi. Mereka semua tidak berjaya untuk bertahan kecuali, Luna. Pembunuh itu adalah Zariel yang cintanya pernah ditolak oleh Luna. Tidak terima dengan kenyataan bahawa dia ditolak oleh Luna menimbulkan dendam di dalam hati. Disebabkan oleh seorang sahaja binasa semuanya. Tetapi Luna berjaya selamat apabila Eva berjaya menguasai tubuhnya. Seorang yang menghidapi maslah mental DID, personaliti yang bertukar-tukar, Personalitinya yang satu lagi berjaya mengawal tubuhnya luna. Tanpa mengetahui apa-apa tentang masalah mental Eva Luna, Zariel menyangkakan bahawa dia sudah menang dan dapat membalas dendam yang bersarang di hatinya tetapi dia salah. Sungguh sadis keadaan Zariel apabila dia mati. Akhirnya, Luna berjaya menyelamatkan dirinya dan mayat-mayat mereka sudah dikebumikan oleh pihak polis. Eva Luna terlepas daripada menjadi seorang defendan kerana masalah mental.