"Kenapa batu?" 

"Kerana ia bisa menghancurkan. Walaupun kecil, ia mampu menggetarkan hati hati yang melihatnya jika digunakan dengan cara yang betul."

Dia terdiam. Mukanya kelihatan bingung dengan bicara aku.

"Kerana batu itu, asas kepada suatu binaan. Jika mahu binaan itu cantik dan kukuh, batunya harus dalam keadaan sempurna," Aku tersenyum kecil dengan bicara sendiri. Haih, hiperbola sungguh. "Jadi, aku mahu menjadi seperti batu. Kecil tetapi bisa menghancurkan dan kuat untuk menjadi sesuatu yang lebih cantik."

"Lalu ada apa dengan hujan?" Wajahnya masih kelihatan termangu sendiri.

"Hujan itu, pembawa rahmat. Mungkin ada yang tidak menyukainya tetapi akan sentiasa ada kebaikan jika hujan itu turun membasahi bumi." Wajahnya di sebelah, aku jeling. Dirinya masih tekun mendengar.

"Aku mahu menjadi hamba seperti batu dan hujan. Yang bisa menggentarkan hati manusia dan membawa rahmat dengan ceritera dongeng aku." Pandangan mata kami bercumbu.

"Jika Tuhan izinkan, menulislah. Menulis dengan nama Tuhan yang memayung idea yang dikarang. InshaAllah, ada rahmat dan redhaNya." Bisiknya perlahan sebelum langkah diatur menjauhi pondok tempat kami berteduh daripada hujan ini.

Batu dan hujan.

Mata aku terkatup perlahan.

Jika Tuhan izinkan..
  • JoinedNovember 20, 2020



4 Reading Lists