Masuk kali ini, dah tiga akaun Wattpad aku buat. Sebelum ni dua kali, dan kedua-duanya kena scam macam tu je. Akaun pertama kena scam. Akaun kedua pun sama nasibnya — hilang dari radar tanpa aku sempat buat apa-apa. Yang paling menyakitkan bukan sebab cerita yang aku tulis je kena scam… tapi dengan akaun-akaun WP aku sendiri yang jadi mangsa scammer.
Aku betul-betul tak faham apa salah aku. Nak kata cerita yang aku hasilkan tu, bukan pun karya aku sendiri. Itu amanah orang pada aku — aku cuma menjalankan tanggungjawab untuk ceriakan hati pembaca. Tapi tetap juga ada tangan-tangan jahat yang ambil kesempatan. Jahat betul scammer zaman sekarang. Kadang aku rasa, manusia yang hidup di akhir zaman ni pun dah lebih kejam.
Entahlah… kadang terfikir, kalau sekarang pun dah seteruk ni, padahal Dajjal pun belum keluar lagi — bagaimana agaknya nanti di akhir zaman Dajjal keluar betul-betul? Scammer ni pun dah terasa macam lebih jahat daripada apa yang dibayangkan tentang Dajjal. Memang perit bila usaha kita, amanah kita... dikhianati dan kita ditinggalkan terkontang-kanting tanpa jawapan.
Aku cuma nak buat kerja dengan jujur. Tapi nampaknya, kejujuran pun tak cukup untuk selamat daripada manusia-manusia yang tak ada hati perut. Kadang aku tertanya… kalau benda sekecil ni pun orang sanggup khianat, apa lagi yang mereka sanggup buat kalau diberi peluang? Penat aku kumpul semangat, penat aku bina balik keyakinan lepas setiap kali jatuh… tapi akhirnya tetap juga aku dipijak.
Ada masa aku rasa macam aku ni tak wujud pun — macam usaha aku langsung tak bernilai di mata sesiapa. Yang tinggal cuma rasa kosong, kecewa, dan tawar hati. Bukan sebab aku tak mahu teruskan… tapi sebab setiap kali aku cuba bangkit, ada saja tangan yang tolak aku jatuh semula. Dan jujurnya… kali ini, sakitnya lain macam.