aphonices
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Hai awak! Jemputlah baca cerita saya. _________ "Allah kata dalam Al-Qur'an, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Macam I dengan you, sesuai sangat dah ni! I baik, you pun baik." - SETH ADAM Pertama kali Reen jumpa Adam, dia rasa cupid dah panah terus ke hatinya. Jatuh cinta dengan ketampanan Adam dah satu hal, pandai buat lawak dan sado pula tu. Ah, semua itu tak penting! Yang paling penting, Adam ada apa yang Fadhli tak ada. Kaching kaching! "I kahwin dengan you sebab duit je, tak apa ke?" - NUREEN ATHILIA Agaknya Fadhli tu ada katarak kut ya? Reen yang punya cantik, rajin, lemah-lembut (eh, macam tipu je!) dan bijak macam ni pun boleh kena reject, hanya kerana disebabkan perempuan yang pakai baju tak cukup kain? Ini satu penghinaan! Bukan main payah lagi Adam berusaha untuk menjinakkan Reen. Bak kata pepatah, bagai titik air ke batu. Sangat susah! Tapi kata orang lagi, kalau dah selalu terkena air, kan terhakis jua batunya. Reen akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengannya! "Anak kau suka aku." - AHMAD FADHLI Patutlah istilah gila talak itu wujud, sebab spesies macam Fadhli memang betul-betul ada ya dalam dunia ini. Dah susah, baru nak merengek cari Reen, sisa yang dia pandang jijik suatu ketika dulu. Duda dengan janda, hot kan? ______________________________ https://www.wattpad.com/story/355046052