Saya tak tahu masalah apa yang author hadapi. Tapi andai kata ianya masalah yang melibatkan el, hasrul, dan tuan, saya kira anggap je lah ini adalah wake up call untuk turning point.
Memandangkn nak masuk 2025, mungkin tuan pun boleh letakkan sekali dengan azam tahun baru untuk berubah.
Author dan el orang yang baik. Mereka tetap solat 5 waktu. El juga diluar pakai tudung. Tiada persentuhan antara lelaki dan perempuan di luar.
Bila dah meningkat umur melepasi 40, fikirkan juga implikasi dari perbuatan ni 5-10 tahun akan datang bagaimana.
Kata-kata saya ni sebenarnya tak susah untuk dihadamkan. Sebab kedua pasangan bukan orang biasa-biasa. Orang yang bekerja professional. Orang pandai.
Saya mendoakan tuan dan el mendapat hidayah dan taufiq. Saya tidak mendoakan keburukan. Saya sayangkan tuan sebagai seorang kawan dan saudara. Saya risau, berbelas tahun lamanya aktiviti ni, dengan semakin tahun semakin “dark”, namun rezki tuan dan el juga makin baik (dilimpahi harta yang lebih dari mencukupi).
Saya risau andai tuhan ingin menguji, ujian tersebut betul-betul menguji.