TAJUK : TAKKAN TERGANTI
"AWAK KENAPA? TAK PENAT KE ASYIK GANGGU SAYA?" kata Sufilyana dengan menahan marahnya dengan kedegilan lelaki itu.
Lelaki itu sering menganggu dirinya sejak dulu lagi. Makin ditegah makin dibuatnya, sampai mulutnya berbuih memperkatakan soalan yang sama.
"HEH! aku takkan penat ganggu kau, selagi kau tak terima aku!" ujar lelaki itu dengan senyuman sinisnya.
"Pleaselah... Saya tak pernah sukakan awak. Saya cuma anggap awak kawan... tak lebih dari itu," Dia menghembuskan nafas dengan kasar sebelum menyambung kata-katanya.
"Sudahlah, saya harap kita takkan berjumpa lagi... Assalamualaikum."
Sufilyana segera meninggalkan lelaki itu tanpa menunggu jawapan darinya. Semakin lama dia berada di situ, semakin panjang perbualan mereka.
"Mama... Eboy nak aiskrim tu," kata Quraisy Adam dengan menahan air matanya dari jatuh.
Dia mahu aiskrim itu, tetapi mamanya sering kali menolak. Dari tadi dia menahan air liur bila melihat orang disekelilingnya yang sedang makan aiskrim.
"Ala... Mama, bolehlah... Eboy janji kali ni je,"
Datin Qalisha yang melihat anak lelakinya yang merayu dari tadi kerana ingin memakan aiskrim terus mengizinkan anaknya memakan aiskrim itu.
"Ya lah, kali ni je."
"Okay mama, sayang mama."
"Saya terima awak sepenuh hati saya. Mungkin awak yang tertulis untuk saya. Saya cintakan awak selamanya sampai hujung nyawa awak, tiada yang gantikan tempat awak." kata Sufilyana seraya membelai rambut suaminya yang lena diulit mimpi
Dia berharap dirinya akan berkekalan menjadi seorang isteri buat suaminya sampai akhir nyawa. Meskipun, halangan yang akan menimpa mereka.
Actually ni my story yang baru tau....aku harap korang leh baca ngn vote sekali.....btw aku tak paksa korang bace..