Jujur, aku masih rindu. Jujur, aku masih sayang. Dan sudah pasti, aku masih cintakan kau. Entah macam mana caranya untuk tak mengatakan hal ini lagi, aku pun tak tahu. Tapi ya, aku masih mampu ucapkan semua tu dengan penuh kejujuran. Dan aku betul-betul maksudkannya.
Aku tak mengharapkan kau kembali. Meski terselit rasa ingin perbaiki rumah yang telah runtuh itu. Tapi tak mengapalah.. mungkin Tuhan sedang ajar diri aku untuk berdamai dengan takdir.
Jadi, malam semakin larut. Semoga kau mimpi hal-hal yang baik saja, cantik... Jangan risau pasal aku... Aku baik-baik saja, cuma perlu lebih jujur dengan diri sendiri.
Aku rindu kau. Dan aku harap kau tak rasa semua tu. Sakit... Biar aku tanggung semua sendiri.
Apapun.. Maafkan aku kerana gagal untuk jadi yang terbaik. Maafkan aku kerana gagal pertahankan rumah kita. Andai ada peluang untuk perbaiki lagi, aku takkan sia-siakan kau seperti mana aku pernah buat sebelum ni. Hati ni masih cintakan kau.
Selamat malam, cantik..
Mimpi indah. Selalu...