Harini 14 Julai tarikh hari lahir aku . Tapi 12 Jun, sebulan yang lalu ada insan terpenting yang hilang dari pandangan mata ini. MUHAMMAD FAKHRULLAH SHAH abang kandung aku. Hati rasa berat sangat harini. Ya banyak doa dan ucapan yang aku dapat tapi hati ini rasa berat. Berat sangat.Jam 12 AM 14 Julai tahun ii lalu, kebiasaannya yang pertama datang tersengih di depan muka pintu bilik aku adalah dia, si abang. Dia sentiasa jadi orang pertama yang doakan dan bagi ucapan. Sedari jam 12 AM aku nanti dia, tak kunjung datang. Allahuakbar hati ni rindu yang amat beyy. Pagini pun takde sesiapa datang headlock dan tonyoh kepala aku sambil wish birthday aku beyy. Hanya diri kamu saja beyy, tak ada yang lain. Al-fatihah wahai kesayangan. I love you more than ever beyy. Rindulah, nanti datang peluk aku dalam mimpi ya?