Dalam tak sedar, esok hari terakhir untuk kita bersenang-lenang atau sepatutnya menjadi pecutan terakhir untuk kita (batch 04) untuk belajar, menghadam dan membuat latihan pengukuhan.
Lusa, pada tanggal 2 mac 2020 akan menjadi permulaan bagi kita untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan kita.
Selepas tu kita dah bebas dari alam persekolahan. Kita akan merdeka kita akan lepas dari tekanan. Tapi, kita akan merasa tekanan yang baru dalam menempuhi kehidupan dewasa kita. Jika sebelum ini kita bertanggungjawab untuk belajar di sekolah untuk menentukan hala tuju kita setelah alam persekolahan.
Kini, kita bertanggungjawab untuk bekerja di samping belajar lagi untuk menjamin kehidupan yang lebih cerah. Ingatlah, hidup bukan untuk bersuka ria tetapi untuk berusaha dan terus berusaha untuk menjamin kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
Akhir kalam, semoga semua calon SPM 2021 dapat menjawab soalan dengan tenang dan dipermudahkan. Semoga dapat menjawab dengan lancar dan tepat.
* takpayah fikir dah pasal Rasyad, Peter dan Iman tu. Sila move on ya teman-teman duniaa oyen >_<
Wish all of you a gudluck batch 04('ω')