hafizsteen

          Salam, jemput baca karya baru saya:-
          Benang Takdir 
          
          Genre: Cinta Jenayah Mafia 
          
          ********* 
          
          Di sebuah kedai jahit kecil di tengah kota Kuala Lumpur, takdir sedang dijahit satu-persatu... 
          
          Anisa, seorang tukang jahit muda dan berbakat, mewarisi kedai peninggalan arwah bapanya. Dunia Anisa sunyi, tenang dan sederhana - sehingga kedatangan seorang lelaki misteri, Matin, yang memesan sut mewah dengan segera, dan membayar tiga kali ganda. 
          
          Tanpa disedari, tempahan itu menjadi permulaan kepada sebuah kisah yang rumit - antara cinta, masa silam dan bahaya. Matin bukan lelaki biasa. Dia pewaris kepada sebuah empayar yang penuh rahsia dan darah, yang kini sedang bergelut mempertahankan warisan dan mencari pengkhianat yang menghancurkan keluarganya. 
          
          Sut yang dijahit oleh Anisa dipuji ramai, membuka peluang kepada kejayaan dan perhatian yang tidak dijangka. Namun dalam diam, orang-orang dari dunia gelap mula menghampirinya - bukan kerana pakaiannya, tetapi kerana siapa yang kini berdiri di sisinya. 
          
          Di antara benang-benang yang dijahit, Anisa mula menyulam harapan. Namun adakah cinta mampu bertahan dalam dunia yang dipenuhi tipu muslihat, pengkhianatan dan darah? 
          
          https://www.wattpad.com/story/398140794?