shin_starlight

Aku je ke yang ada problem ni ehh? Tadi aku try nak reply comment dalam fanfic aku tapi, keyboard aku langsung tak bagi kerja sama. Susah aku nak menaip bila nak reply. Hmmmm...

shin_starlight

Korang dah tengok Mechamato Movie ke belum? Aku dah tengok semalam dan apa yang aku boleh cakap ialah jalan ceritanya memang terbaik! Maskmana dalam tu yang paling gempak giler! Aku tak boleh cakap lebih sebab takut nanti jadi spoiler. ^^; Kalau korang nak tau, kenalah tengok sendiri movie ni! Aku gerenti akan repeat lagi! Memandangkan aku dah bekerja, dah tak ada halangan lagi bagi aku kalau nak bandingkan dulu masa aku masih sekolah. Hehehe... Kepada yang berada di Indonesia, korang jangan sedih. Aku yakin Mechamato Movie akan sampai di sana nanti macam movie² BoBoiBoy sebelum ni! Kepada yang nak pergi tengok, have fun! Jangan lupa tengok mid-credit scene sekali eh! 

shin_starlight

@ irah_syah31  Kannn... Monsta tak pernah mengecewakan kita sama sekali! ><
Reply

irah_syah31

@shin_starlight dah, baru je tadi, serius memang gempak gila weh, makin banyak persoalan yg muncul lepas tengok tadi, apapun MONSTA memang dah buat yang terbaik dahhh(⁠≧⁠▽⁠≦⁠)
Reply

Cibunga888

@ shin_starlight  hiks.. makin penasaran disinihh
Reply

shin_starlight

Korang boleh imagine tak kalau korang kerja kat restoran fast food jadi cashier and kena hadap customer perangai macam setan? Di tambah lagi kalau customer tu Melayu. Perghhh... Dia punya sakit hati tu menyirap darah woi! Aku cakap macam ni sebab aku dapat customer macam tu semalam.
          
          Cerita dia macam ni, masa tu kalau ikutkan Burger King (tempat aku kerja) dah nak tutup so, kitorang nak habiskan mana yang ada. Masa tu patty kitorang dah habis sebab broiler (yang kitorang guna untuk masak patty) tu dalam pukul 9 kitorang kena tutup benda tu. Maknanya dah tak bolehlah nak masak produk macam patty lagi dah. 
          
          And then, datanglah customer Melayu laki bini yang aku rasa umur depa 30 ke atas rasanya. Diorang nak order makanan dengan kupon kertas (last date kupon tu hari ni) and aku cakaplah yang makanan dekat kupon tu tak habis. Terus laki tu buat muka tak puas hati. Sambungan di ruang komen ⬇️

shin_starlight

@ shin_starlight  Ok, aku sambung balik. Laki tu tanya dekat aku macam ni "Habis tu kalau tak tak ada yang ni, kami nak order apa?" dengan tak puas hati dia tanya. Lepas tu aku tanya dia balik, "Ada tak kupon lain yang tak ada patty? Yang ni tak adalah bang sebab kita kalau ikutkan dah nak tutup kedai. Banyak yang dah habis sekarang ni". Aku cakap je weh. Lepas tu aku bagi order dekat customer sebelum ni and layan balik laki tu. Dia keluarkan kupon lain pulak lepas tu. Laki tu tanya kupon yang dia tunjuk ada ke tak. 
            
            Yang aku dalam hati fikir macam ni 'Eh, kau ni! Dah aku kata patty tak ada, tak faham bahasa ke apa ni?!'. Aku cakaplah lagi dekat dia "Yang ni pun tak ada jugak, bang. Sebab burger ni pun patty dia sama dengan yang tadi. Minta maaf sangat²." Laki tu dah buat muka ketat giler and lepas tu dia cakap "Habis tu kalau dah semua tak ada kenapa keluarkan kupon? Burger King ni menyusahkan. Apa guna keluarkan kupon macam ni kalau apa yang kita nak semua tak ada?!" dia tak naik suara tapi nada dia tu Ya Allah! 
            
            Bagi sakit hati aku time tu. Aku cakap lagi "Mintak maaf sangat², bang! Patty kita memang dah habis!" time ni aku menunduk sikit. Laki tu tanya kat bini dia nak makan situ lagi ke. Hilang seleralah kalau semua benda dah habis. Bini dia jenis macam tak kisah tapi, laki dia perangai entah apa². Time depa belah tu nak aje aku baling kasut safety boot aku dekat kepala dia woi! Geram betul aku rasa time tu. Lepas ni kalau aku dapat customer perangai macam tu lagi, tak taulah aku boleh kawal kemarahan aku atau tak weh. Haih... Sabo jelah... 
Reply

shin_starlight

shin_starlight

@ shin_starlight  Assalamualaikum, guys! Aku baru je publish Fanfic daripada Fanstory lama aku di Instagram yang bertajuk "Vampire Of Darkness..." tadi. Aku unpublished Fanfic "Scenario Liar..." sebab aku baru teringat yang dalam Fanfic tu ada ship so, yeah. Harap ada yang sudi baca! ^^
Reply

shin_starlight

Assalamualaikum, guys! Aku mungkin terlambat mengatakan ni tapi, aku tetap akan katakan nya. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini! ^^ Oh ye, berbalik pada topik asal, aku sebenarnya nak minta maaf dengan korang. Yelah aku dah jarang sangat² nak update Fanfics dan buku one-shots aku. Sibuk sangat dengan kerja lah katakan.Kalau korang tak puas hati sebab aku dah lama sangat tak update, korang boleh marah aku sepuasnya. But, kalau ada yang faham keadaan aku, thank you so much for understanding me. Korang kena faham kehidupan nak melangkah ke arah dewasa taklah mudah. Ada yang hendak sambung belajar dan ada juga yang hendak bekerja supaya tidak menyusahkan ibu bapa yang selama hari ini menanggung kehidupan kita. 
          
          Aku kalau boleh nak ringankan beban ibu dengan ayah aku. Sebab itulah aku bekerja sekarang ni. Tak lama lagi umur aku nak cecah 20 tahun. Masa tu aku betul² dah menjadi dewasa dan perlu ada rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Bukannya aku tak nak update Fanfic aku tu semua. Aku nak sebab menulis memang hobi aku dari dulu. Cuma, aku tak kan kerap aktif macam dululah. Aku akan cuba update Fanfics aku pelan². Aku harap korang bersabar sekiranya korang setia membaca karya aku. Rasanya, mungkin aku akan tutup request buku one-shots buat masa sekarang ni. Aku cuma perlu siapkan request terakhir yang lama sangat aku biarkan dan lepas ni tiada siapa yang boleh request apa² lagi dah. Aku harap korang faham. Terima kasih kerana telah mengikuti perkembangan Fanfics aku selama hari ini! Aku hargai sangat walaupun ianya tidak semeriah dulu! ^^

shin_starlight

Ada sesiapa pernah baca Fanstory 7 Elemental Brothers aku yang aku dah archieve di Instagram dulu? Siapa ada baca cuba angkat tangan sikit! Kalau yang tak tau, aku akan taip list Fanstory aku tu di bawah.
          
          List Fanstory lama aku:- 
          
          1) Behind The Secret... 
          (Main Characters: Thorn, Hali & Gempa) 
          
          2) Kau Seorang Pengkhianat!!! 
          (Main Characters: Taufan, Hali & Gempa) 
          
          3) You're Our Flesh Blood, Petir... 
          (Main Characters: Tanah, Petir/Hali & Fang) 
          
          4) Vampire Of Darkness... 
          (Main Characters: Tanah & Petir) 
          
          Aku jadi rindu pulak dengan Fanstory ni semua. Aku ada terfikir nak remake semua Fanstory tu dan jadikannya Fanfiction di Wattpad ni tapi, aku sendiri pun dah kerja. Fanfic yang ada pun tak selesai lagi, ada hati nak buat Fanfic lain. ^^; Haha... Tak apalah, bila ada peluang nanti aku buat. That's all from me...
          
          Sincerely, Author Shin~
          
          

shin_starlight

@ aliy_aliyana  Haha... Ye, dulu fokus akak di Instagram memang tertumpu pada lawak. Dekat Wattpad ni lainlah. Akak memang dah pasang niat sejak buat Fanfic "The Truth Behind Hali's Death..." yang fokus akak dalam pembuatan Fanfic ialah lebih kepada misteri dan serius sikit. Kalau ada lawak pun tak banyak macam dulu. Lawak yang akak kekalkan pun Hali tak reti beza sudu dengan senduk je daripada Fanstory lama akak tu. ^^;
Reply

aliy_aliyana

hmnn, rasanya saya ada baca beberapa cerita dari situ... tapi saya tak seberapa ingat hehe :c 
            
            yang saya ingat akak punya story dulu best dan ada lawakk, kalau nak di bandingkan dengan cerita yang akak buat dekat wattpad ni lebih kepada genre misteri(?) haa macam tuu :3 tapi masih bestt, maaf tak dapat nak baca selalu cerita-cerita akak, saya pun bukak wattpad dekat chrome leceh sikit :(( nanti ada masa saya sambung baca cerita akakk-!! ✨
Reply

shin_starlight

Haha... Aku tak sedar yang dah 4 tahun aku berada dalam dunia Wattpad ni. ^^; Asalnya aku cuma buat Fanstory je kat Instagram dulu. Memang ada followers aku(yang kini bukan lagi followers) ada suggest pada aku buat cerita di sini tapi, aku tak berani lagi sebab aku tak pandai type cerita versi novel style. Aku cuma tau buat cerita versi dialog je sebab memang itu apa yang aku buat sejak aku Darjah 4 lagi. Satu hari tu aku terfikirlah nak cuba download app ni. 
          
          Mulanya aku just baca Fanfiction BoBoiBoy orang lain dan aku mula tertarik dengan Wattpad. Masa tulah aku mula cipta "The Truth Behind Hali's Death..." karya aku tu. Dalam perjalanan aku menaip untuk Fanfic tu, siap ada yang komen style Fanfic aku tu sama macam Isuka-chan punya Fanfic iaitu "Hali's Death" pulak tu. Well, secara jujurnya aku dah rancang buat plot cerita yang lain daripada apa yang Isuka-chan buat. Kalau dia lebih kepada komedi (?), sedangkan fokus aku pula lebih kepada plot cerita yang serius, misteri, ada plot twist dengan sedikit unsur lawak.
          
          SAMBUNGAN DI RUANG BAWAH 

shin_starlight

@ shin_starlight  Ok, memang permulaan Fanfic aku tu lebih kurang sama dengan Isuka-chan, aku mengaku tu. Cuba korang (readers lama) ingat balik masa korang baca Fanfic aku dari mula sampai habis. Adakah keseluruhan jalan cerita Fanfic aku tu sama dengan Isuka-chan? Aku nak tau pendapat korang. Alright, dahlah tu aku membebel. Apapun, terima kasih banyak² kerana sudi follow aku di sini. Cuba angkat tangan sikit siapa yang dah follow aku dari awal aku buat acc ni sampailah sekarang. Ada masa aku update Fanfic dan buku one-shots aku tu nanti ye! Bye²~...
            
            Sincerely, Author Shin~
Reply

shin_starlight

Assalamualaikum... Aku just nak remind korang mengenai sesuatu. Memandangkan aku dah kerja ni, aku masih terima request one-shots tapi, mungkin akan ambil masa untuk siapkan satu request. Yelah, aku kerja full time kot. Jadi masa aku bekerja dalam sehari pun 8 - 9 jam membuatkan aku tak ada masa terluang lagi dah. 
          
          Tambah lagi aku cuti sehari je dalam seminggu. Harap korang faham keadaan aku. Kepada yang selalu meminta request one-shots pada aku, terima kasih aku ucapkan. Idea korang tu banyak banyak memberi aku inspirasi untuk terus berkarya dalam Wattpad ni. ^^
          
          Sincerely, Author Shin~