"Hanif, kau keluar sekarang!" Aisyah mula meninggikan suara.
Tiba-tiba sahaja, pipi Aisyah dicekup kuat. Wanita itu langsung sahaja mencuba untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu.
"Apa kau buat ni?" Tanya Aisyah.
"Eh perempuan. Nasib je kau sekarang ni masih dalam rumah mak kau. Apa masalah kau ek? Aku nak tidur sebelah kau ke, nak tidur bawah ketiak kau ke, kenapa kau nak marah? Aku ni suami kau, tahu? Syurga kau bawah tapak kaki aku," Kata Hanif. Dahinya berkerut menahan marah.
"Lepaskan aku lah," balas Aisyah. Tubuh lelaki itu ditolak beberapa kali namun sia-sia.
"Kau dengar sini. Habis je waktu kau bermesra dengan mak kau, kau tak boleh dan tak akan jejak kaki lagi dalam rumah ni. So, aku harap kau boleh lepaskan segala rindu kau dalam masa seminggu ni," kata Hanif lagi. Genggaman tangannya dilepaskan. Merah pipi wanita itu dibuatnya. Puas hati!
Bantal dan selimut diambil sebelum dia melangkah meninggalkan Aisyah. Dia hanya perlu menunggu beberapa hari sahaja lagi sebelum Aisyah mengikutinya pulang.
Kemudian, Aisyah akan menjadi seratus peratus hak miliknya.
https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_