Hati kita ini, kadang terlalu memendam.
Simpan segalanya diam-dia
Hidup yang ceria menjadi kelam.
Mungkin terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.
Kadang rasa tak mampu bertahan.
Langkah kian perlahan.
Air mata tak tertahan-tahan.
Mengalir laju tanpa kehendak tuan.
☺Seriously, hati kita ini bukan kuat mana.
❤Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur kot.
Tapi, inilah, istimewanya hati, Allah letak di dada.
Agar dekat sentiasa dengan tuannya.
Hadiah terindah Tuhan buat hambaNya.
☺Pemilik segala rahsia juga jiwa.
Senyum.
Feel blessed kan? :)
Jangan bersedih dengan ujian Allah,
“Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya