smolbeanonaussieboi

harini nak gi majlis sanding member sendiri 
          	
          	sedo tak sedo dah lebih 7 orang lah ye member satu batch aku kahwin HAHAHAHAHHAH MANA JODOH AKU NI BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK AHHAHAHAH

smolbeanonaussieboi

@jstr_haidarmeart HAHAHAH HARAPNYA BEGITU HUWAA NAK LEEKNOW
Reply

Bl00dy_Pe4rl

saje stalk acc akak, banyak jugak buku yang gone.. saya baru niat nak baca misi 1 matahari (bulan). Tapi saya pun terindu nak baca buku buku lama.. hmm nampaknya kena ulang masa zaman best main wp laa.. sekarang ramai author padam buku diorang, lepastu en lepastu hampir semua buku dalam wattpad saya dah baca dulu. tak ada dah cerita lawak yang tertinggal. sebab semua author busy en.. ANYWAY KAK, SAYA ADA PERSPEKTIF 
          
          nasib baik akak unpub hf2, sebab saya terfikir, kalau baca hf2, mesti feeling dia tak sama sebab diorang dah dewasa.. hell nah! Dia akan kekal nostalgia.. even saya rindu saat saat tunggu hf update.. eee kenapa la dulu tak pernah rasa nak baca buku tu awal-awal. 
          
          terima kasih kak el and others author yang dah mengisi zaman zaman jahiliyyah saya dulu. zaman saya tak matang (even sekarang pun sama), zaman pkp, zaman sanggup berjaga malam demi 'satu chap' lagi. semoga kedewasaan membawa kalian ke hidup yang lebih baik. teruskan perjuangan dunia sebenar, bukan salah kita untuk benda ni berlaku. 

smolbeanonaussieboi

harini nak gi majlis sanding member sendiri 
          
          sedo tak sedo dah lebih 7 orang lah ye member satu batch aku kahwin HAHAHAHAHHAH MANA JODOH AKU NI BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK AHHAHAHAH

smolbeanonaussieboi

@jstr_haidarmeart HAHAHAH HARAPNYA BEGITU HUWAA NAK LEEKNOW
Reply

itstwothousandthree

repub nugu pwishhh , rindunya nak bacaa hmm

smolbeanonaussieboi

@itstwothousandthree hehe tengah proses re-edit, insyallah aku akan repub (⁠◕⁠ᴗ⁠◕⁠✿⁠)
Reply

smolbeanonaussieboi

Untuk diri aku di tahun 2026
          Aku harap bila kau sampai ke tahun ini, kau jadi jauh lebih kuat daripada aku hari ini. Bukan sebab hidup makin senang, tapi sebab kau dah belajar untuk bertahan tanpa kehilangan diri sendiri.
          Semakin kau dewasa, semakin banyak wajah dunia yang kau kenal. Akan ada tangis, kecewa, dan luka yang datang tanpa amaran. Tapi aku harap kau terus percaya — setiap duka takkan kekal selamanya, dan setiap air mata ada masanya akan diganti dengan tawa.
          Tolong yakinkan diri kau, walaupun pada hari yang paling berat, bahawa semuanya sedang menuju ke pengakhiran yang baik.
          Aku juga berharap apa yang aku impikan hari ini perlahan-lahan menjadi nyata. Walaupun tak semuanya tercapai, semoga kau tetap bangga dengan sejauh mana kau dah melangkah.
          Dan kalau suatu hari kau penat, berhenti sekejap tak apa — cuma jangan lupa untuk teruskan semula. Kau layak untuk bahagia.

smolbeanonaussieboi

Untuk diri aku di tahun 2025
          Tahun ini aku belajar bahawa menjadi lebih baik tidak semestinya bermaksud hidup jadi mudah. Aku kurang tidur, kurang rehat, dan sering keletihan — tapi melihat senyuman mak bapak aku buat semua itu terasa berbaloi.
          Ada hari aku hampir menyerah. Aku rasa hidup aku terlalu rosak, dan aku tak layak untuk merasa bahagia seperti orang lain. Fikiran aku sendiri jadi musuh yang paling kejam.
          Namun aku masih di sini. Dengan bantuan kata-kata kecil, sokongan yang diam-diam, dan kehadiran orang sekeliling, aku perlahan-lahan belajar keluar dari gelap yang aku cipta sendiri.
          Aku bersyukur kerana di tengah kesibukan dan kekalutan hidup, aku masih diberi ruang untuk ketawa bersama kawan-kawan lama — mengingatkan aku bahawa aku pernah, dan masih, seorang manusia yang layak untuk hidup.
          Terima kasih, diri sendiri. Kau tak sempurna, tapi kau memilih untuk terus bertahan.