softyzlee

9 hari tak berborak, 3 hari tak berkomunikasi. Hanya sekadar memerhati di Story Instagram menggunakan akaun yang dia tak kenali.
          	
          	Tahniah buat diri.

softyzlee

ALLAH telah menjanjikan kepada kita bahawa DIA akan memberikan kita kejayaan dan kebahagiaan. Yakinlah kita dengan janjiNYA.
          
          Berusahalah bersungguh-sungguh bagi mencapai sebuah kejayaan yang diredhaiNYA. ALLAH MAHA MELIHAT setiap usaha yang hambaNYA lakukan.
          Titik peluh dan air mata yang menitik pasti DIA akan perhitungkan dan menganugerahkan balasan yang setimpal, jika tidak di dunia ini akhirat sebaik-baik tempatnya.
          
          1:48, Ahad || Oktober 23 2022
          Lee, bintu 'abd Allah

softyzlee

Yakinlah bahawa setiap mereka yang hadir itu pasti dan pasti Allah telah menetapkan sebuah 'hadiah' buat kita untuk menyerikan kehidupan yang penuh warna-warni.
          
          Dia datang membawa kecewa,
          pegang kenangan itu sebagai pengajaran.
          
          Dia datang membawa kemanisan,
          telan dan nikmatilah detik itu.
          
          Dia datang tanpa apa lalu pergi,
          ajarlah diri untuk mencari kebaikan yang terselit.
          
          Sesungguhnya tiada yang sia-sia atas dunia ini ALLAH ciptakan, yang mana tak lain tak bukan semata untuk kita jalaninya dengan penuh sabar untuk mencapai sebuah penghargaan di akhirat nanti.
          
          
          8:34, Jumaat || Oktober 14 2022
          Lee, bintu 'abd Allah