sophia_aster

Sneak peek. moga cepat la siapnya
          	
          	AWAK tak kerja ke Umar?” Tihani meluahkan soalan yang agak lama disimpan. Dia memandang penuh minat Umar yang berada di depannya. Sepanjang sebulan lepas Umar merupakan teman makan tengah harinya. Walaupun tidak setiap hari tapi kebanyakan hari dalam seminggu dia memang akan melihat muka Umar. 
          	
          		“Cuti,” selamba Umar menjawab. 
          	
          		“Tak kan awak cuti tiap-tiap hari?” berkerut dahi Tihani. 
          	
          		Umar memandang wajah Tihani. Seolah-olah ada perkara yang ingin diberitahu melalui kolam mata, namun tiada butir bicara dari ulas bibirnya. Tihani masih menanti jawapan dari Umar. 
          	
          		Umar mengeluh perlahan. “Kerja aku tak macam kerja orag lain Hani. Aku akan buat kerja yang diberikan, dah settle buat kerja kadang-kadang aku dapat cuti lama. Macam sekarang ni.” Berlapik Umar menerangkan kepada Tihani.

It started with a dream. My high school dream is I want to publish my own novel. I want others to read my story. And now after 10 years. after 10 tahun I suarakan impian tu kat my BFF, I able to make it true. I published 1 novel under Prolog Media. 
          
          Pace orang dalam mengapai impian mereka lain-lain. Jadi, don't worry bila kita rasa kita sedikit terlambat.  Kita bukan terlambat cuma masa kita belum sampai. Love yourself more, jangan compared dengan orang lain. we have our own pace, we can't be others. 
          
          As for my first book, says masih sangat baru dalam bidang penulisan kreatif. bidang pembacaan memang dah lama, tapi penulisan baru lagi tau. So, kalau ada yang salah silap, ada yang kurang berpuas hati, I minta maaf sangat-sangat. In syaa Allah, I'll do better next time. 
          
          Lastly, buku Partner in Love, kisah Rayyan dan Khalisa dan boleh dibeli di shopee Prolog Media.

sophia_aster

PTL ! dah tukar tajuk jadi Partner in Love. Doakan urusan penerbitan novel sulung saya ni dipermudahkan ya. Terima kasih kepada mana-mana yang menyokong saya. Saya masih belajar dalm dunia penulisan ni dan saya mohon maaf atas segala kekurangan ya.

clovereth

Hai, Anna. How about ur book? Any pogress? Can't wait to read it ! I miss Rayyan and Khalisa so much :>

sophia_aster

@aviennna thank you so much. amiin2 semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah.
Reply

clovereth

@sophia_aster semoga dipermudahkan segala urusan.
Reply

sophia_aster

Mengenai Partner Turns Lover ! (PTL!).
          
          Manuskrip PTL ! lulus untuk diterbitkan. Akan ada penambahbaikan dari segi penulisan dan penceritaan untuk manuskrip yang bakal dibukukan ini. 
          
          Tajuk juga bertukar ya selepas dibincangkan. Tapi jangan risau Khalisa dan Rayyan masih sama ^_^
          
          Tajuk baru nanti saya bagitau ya. Untuk info yang lebih cepat mengenai buku ni, sila follow ig saya (link di bio). 

sophia_aster

Wanita itu turut menatap lelaki itu. Buat seketika keadaan dirasakan sunyi. Masa seakan terhenti. Terasa hanya ada mereka pada ruangan ini. 
          Tanpa sedar bibir wanita itu mengorak senyum melihat wajah yang dirindunya. Dia ingin berkata sesuatu tapi ayat yang keluar terlebih dahulu dari lelaki itu mematikan niatnya. Dunianya terasa seakan-akan hancur. Harapan yang selama ini dibinanya terasa musnah. Segala perancangan yang dirancang terasa sia-sia. 
          “You betrayed me...” 
          
          BAKAL TERBIT

sophia_aster

@aviennna good luck to you too and many thanks for the support 
Reply

clovereth

@sophia_aster goodluck and congrats! ♡
Reply