"Qayder! You dah kenapa? I nak tidurlah..." Rengek Warda.
Qayder tertawa kecil mendengar rengekkan kecil isterinya, comel pula dia melihat isterinya ni. Dalam mengantuk pun boleh comel ya?
Seperti kanak-kanak kecil.
'Mandi dulu, Mi angelito. Lepas mandi baru tidur, okay?' Warda merengus kasar.
"Eh... You buat apa ni Qayder?" Soal gadis itu dalam kantuknya.
'Abang nak tidurlah? Warda ingat abang nak buat apa?' Nak meluat sahaja Warda apabila Qayder membahasakan dirinya sebagai 'abang' dengan gadis itu.
Dia nak panggil suaminya dengan gelaran 'abang' itu? Lambat lagi! Tunggu dah tua rasanya baru dia nak ada rasa hormat dengan lelaki ini, ataupun menggunakan perkataan keramat itu.
Kalau sekarang memang tidaklah kata gadis itu, geli dan rasa nak muntah kalau nak sebut pun.
"No. You tak boleh tidur dekat sini dan I tak nak you tidur bersebelahan dengan I Qalid Qayder, please move to the sofa. You tidur dekat sana."
'But... I'm your husband Warda.'
"Qayder, sedarlah yang I tak akan pernah terima you. Malah I tak akan cintakan you sebab bukan you yang I nakkan. Nak tahu siapa yang ada dekat hati I?" Qayder tergamam.
Maknanya, sebelum mereka berkahwin Warda sudah ada seseorang istimewa dalam hidupnya. Tapi kalau gadis itu sudah ada yang lain, kenapa dia tidak menolak sahaja dan mengatakan kepada keluarga mereka?
Kalau gadis itu beritahu mereka semua, mungkin mereka akan faham dan tidak membuat aturan perjodohan ini.
"Your brother. Qash Qayder Qhalisy Qayyum."
Nak manis manis ke pahit pahit? ;-)