stampede_crown
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
“Kehidupan ibarat sebuah percaturan,” ucap Lucifer sambil menggerakkan pawn hitam ke depan. “Satu gerakan akan tentukan bagaimana yang lain akan bergerak.”
Bab 4 dah diterbitkan~
https://www.wattpad.com/story/400887048?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create&wp_uname=stampede_crown
stampede_crown
Ya Allah, disebabkan tulis malam-malam, dalam fikiran semalam nak terus publish tanpa sempat polish :(
Nasib baik pagi ni cepat-cepat sedar ada part tak polish, dan masih ada masa!
stampede_crown
Sekarang ana dah nampak, tujuan sertai cabaran inc2025 ni... mungkin bukan sorotan atau vote, tapi lebih kepada penaklukan perfectionism. Semoga ada sweet²nya~
Auni_Sy
@stampede_crown Kan~ Pada masa yang sama membantu kita lawan rasa kurang yakin diri, dan belajar untuk terima karya kita seadanya
•
Reply
stampede_crown
Kutatap bintang, cahayanya bertandang ke dalam mataku sehingga hati kecilku berombak,
Tangan yang kotor kuangkat dengan malunya, berharap cahayanya mampu kugenggam menjadi kompas sepanjang perjalananku,
Sehingga jiwaku terbangun, menyedari cahaya yang kudambakan hanyalah sekadar ilusi yang telah lama mati.
stampede_crown
terpublish... takpelah
stampede_crown
Video kat wattpad ni memang akan auto pause eh bila scroll down sampai video tu tak nampak? Atau bug? Hmm
stampede_crown
Sambil mencekak pinggang dengan kedua-dua tangannya, Roraleo berkata, "Arcanian rendahan macam korang sepatutnya duduk dalam satu platun dan berperang macam rakyat jelata yang lain. Mati dalam peperangan ialah makna kehidupan untuk arcanian rendahan macam korang!" Kata-katanya disampaikan dengan kelajuan yang sederhana, dan nadanya semakin menaik.
"Kau tahu tak betapa menyampahnya aku kena bernafas dalam satu kawasan dengan manusia busuk macam korang? Kau tahu tak betapa menggelikan bila aku kena tengok muka korang? Kau tahu tak betapa menyedihkan-"
Tanpa disangka-sangka, sebiji batu yang dilempar dengan kelajuan suara mendarat tepat di pipi kanan Roraleo.
"AWWHH!" Teriaknya apabila terpaksa menoleh ke tepi. Air liur menitik keluar di celah bibir.
Wajah orang lain terus hilang darah. Mata membulat luas.
Roraleo mengetap gigi, lalu memandang mereka semula sambil mengusap-usap pipinya yang lebam itu.
"Si-Siapa yang berani-" Belum sempat menghabiskan soalan, serangan kedua mendarat di wajahnya pula.
"ADUUUHHH!" Roraleo berteriak lebih lantang apabila dia terpaksa menoleh ke tepi akibat lontaran batu tersebut.
Dadanya berdegup kencang, dan sebahagian wajahnya merona merah padam. Air mata sedikit bergenang di tubir mata. Roraleo, dengan api kemarahan yang membuak-buak dalam dada, pantas menoleh ke arah mereka untuk mencari gerangan yang melontar batu tadi.
"Siapa! Siapa yang baling tadi ha!" soalnya dengan lantang. Dadanya turun naik. Bahu dan tangannya terketar-ketar mengusap pipi.
Fred dengan santai melambung-lambung seketul batu di tangan kanannya. Gadis itu memandang wajah Roraleo dengan muka datar. Roraleo mengetap gigi. Fred menjongket kening ke arah putera itu selamba. Felix di sebelah, menahan tawa melihat kejadian itu.
"Kau! Perempuan murah-"
"ARGHHH!"
Menyaksikan Roraleo yang kesakitan sembari menyapu pipinya, Fred akhirnya mengatakan, "Kalau ada anjing menyalak, baling batu sampai dia diam, atau pergi."
stampede_crown
“Boleh ke nak tulis satu watak tanpa goals/motif tapi watak masih good/well-written?”
Secara peribadi, ana rasa boleh je. Dia bknlah secara mutlak tak ada goal, tpi tak ada goal yg jelas smpai watak tu nmpk mcm tk ada goals.
First thing first, watak tu mesti ada backstory lah. Buat backstory tu enlighten pembaca mcm mne watak tu jadi mcm tu. Cth, masa kecik, semua benda ditentukan oleh tekanan sosial(suruhan/paksaan ibu bapa, kata2/ekspektasi masyarakat, guru2 dll). Sehingga watak tu dh biasa dgn bnda bgtu, dia jd tk ada personal goal bila membesar. Semua yg di buat ditentukan oleh org lain.
Secondly, mesti kena ada development. Bila watak tu dh sampai satu tahap mcm remaja/belia, dia sedar yg dia tk pernah enjoy dgn semua tu, dia mula skeptikal dgn diri sendiri dan dunia di sekelilingnya. (Aku wujud di dunia ni untuk apa? Siapa aku sebenarnya? Takkan aku, yang ada kuasa dan kehendak bebas pd diri sendiri, kena ikut telunjuk org?) So dari situ, dah boleh kembangkan perilaku watak, cara berfikir watak dll.
Ni semua siap ada package external & internal konflik ye. Bila watak dah berkembang, dia akan hadap byk mslh luar dan dalam. Tunjukkan mcm mana dia struggle dgn konflik yg dihadapi dlm satu arc. Tunjukkan up and down dia, dynamics dia dgn watak lain, yg menjurus kpd perkembangan lain.
Akhir skli, buat satu konklusi. Watak tu dpt apa? Positif atau negatif?
Contoh, "Aku sedar, tujuan hidup kita ditentukan oleh diri sendiri, bukan orang lain. Realiti kita adalah milik kita, dan kitalah yang berkuasa ke atasnya." (Positif)
"Semuanya tak bermakna. Lepas segala-galanya, aku masih tersesat. Akhirnya, aku masih terikat dengan perkara yg aku tak boleh kawal." (Negatif)
Based on apa yg terjadi di akhir arc.
My question is, antum nampak tak goal tersembunyi watak ni? Goal yg seolah-olah bukan goal.
stampede_crown
Perkarangan=kawasan batu karang
Pekarangan=kawasan sekeliling
Aiyo, selama ni ana salah lah. Ingatkan perkarangan tu kawasan sekeliling. Macam, perkarangan dewan, perkarangan hotel.
Nasib baik terbaca story ig Dr. Faizul tadi, dan bila semak website DBP pun sama juga.
stampede_crown
Konflik luaran vs konflik dalaman watak.
Konflik luaran ni masalah yang disebabkan oleh faktor luaran, luaran dalam konteks ni bermaksud luar diri watak, boleh jadi ia melibatkan watak dan pihak kedua atau ketiga. Contohnya, watak A ada hutang RM100 billion dengan bank B dan terpaksa lunaskan dalam tempoh terdekat, atau segala aset dia akan diambil.
Konflik dalaman pula konflik yang timbul dari dalam diri watak. Biasanya secara mental dan filosofikal. Contohnya, watak A yang berhutang dengan bank semakin murung kerana tak jumpa solusi untuk selesaikan masalahnya, dan berfikir untuk bunuh diri, tapi pada masa yang sama dia takut untuk bunuh diri. Dia jadi macam paradox, macam superposisi. So konflik dalaman di sini ialah murung, takut, buntu, dan dilema.
Konflik dalaman biasanya lebih kompleks berbanding konflik luaran. So bila kita baca bahagian konflik dalaman, kita kena baca dengan teliti supaya tak salah faham, atau tak faham. Kadang-kadang konflik dalaman tidak diberitahu, tapi ditunjuk dengan apa yang watak tu rasa, bagaimana watak tu membuat keputusan, reasoning dan bertindak mengikut gerak hati, emosi atau fikiran dia. Ada sesetengah naratif secara eksplisitnya dia bagitahu terus konflik watak tu.
Kedua-dua konflik ni penting untuk menjadikan watak lebih realistik, mendalam, dan sempurna dalam ketidaksempurnaan. Konflik dalaman juga penting untuk kita capai perkembangan watak yang lebih signifikan dan inspirasional.